Now Reading
[Video] Pengunjung ‘Frust’ Hampir Sejam Tersekat Di Parkir Kereta IOI City Mall, Putrajaya

[Video] Pengunjung ‘Frust’ Hampir Sejam Tersekat Di Parkir Kereta IOI City Mall, Putrajaya

Bukan di jalan raya sahaja yang sesak, nak keluar dari kawasan parkir kereta pun boleh tahan juga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjelang Aidilfitri yang bakal disambut pada minggu hadapan, ramai orang teruja dan sanggup berjalan jauh untuk membuat ‘pecutan akhir’ bagi persiapan raya selepas dua tahun tak disambut di kampung halaman.

Tapi bila ramai orang keluar, memang tak peliklah kalau jalan raya akan menjadi sangat sesak sehinggakan perjalanan yang mengambil masa 15 minit pun boleh bertukar dua jam.

Hampir sejam tersekat di tempat parkir kereta

Bukan jalan raya sahaja yang sesak, dalam tempat parkir kereta pusat beli-belah pun tidak kurang hebatnya.

Baru-baru ini, media sosial dibanjiri dengan luahan pengunjung di sebuah pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya selepas mereka dikatakan ‘tersekat’ di dalam kawasan parkir kereta dalam hampir satu jam.

Beberapa video ketika kejadian juga sempat dikongsikan oleh pengunjung di IOI City Mall.

@itszira17

Stuck nak dekat 2 jam dekat parking je . 23/4/2022 #fyp #foryoupage #ioicitymall

♬ original sound – I zira – I zira

Ada juga yang mendakwa mungkin kesesakan itu berlaku disebabkan oleh masalah sistem palang.

@heidirmohdtamimi

Sekali lagi berlaku pada 23hb april 2022. Apa sudah jadi dengan sistem parking ioi mall putrajaya? tersangkut hampir 45 minit (atau lebih) selepas buat bayaran. kenderaan banyak atau sistem bermasalah? sangat menyusahkan. #ioi #ioimall #ioimallputrajaya

♬ original sound – ælya – ælya

Semua tempat jalan sesak

Berdasarkan tinjauan di media sosial, ramai juga yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang sangat teruk lebih-lebih di kawasan tumpuan seperti di Jalan Tar dan Bandar Baru Bangi.

https://www.tiktok.com/@abohmung24/video/7089817908066405658?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
https://www.tiktok.com/@puteribuluhbetung/video/7089774404246277402?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tips nak elak kesesakan jalan raya

Tidak dinafikan, kalau pergi semua tempat sekarang memang akan sesak sangat. Untuk anda yang masih nak shopping raya untuk persiapan terakhir, ini tips dari kami.

Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jangan keluar dari pusat beli-belah pada waktu closing jam 10 malam.
  • Tambah nilai kad Touch ‘n Go siap-siap untuk elak masalah kekurangan baki.
  • Jangan potong barisan kereta yang lain bagi mengelakkan pergaduhan berlaku.
  • Kongsi kereta dengan rakan atau ahli keluarga bagi mengelakkan lebih banyak kereta.
  • Paling senang, naiklah pengangkutan awam seperti LRT dan MRT kalau tak sanggup nak hadap kesesakan jalan raya.

Ditambah pula ada yang baru dapat gaji dan keluarkan duit KWSP, maka semakin ‘meriah’ persiapan raya semua orang tahun ini.

Tak apalah, setahun sekali kan. Nasihat kami, rancanglah perjalanan anda sebaik yang mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd