Now Reading
[Video] Anak Pernah Hidap Kanser, Ibu Dedah Cara Cuci Mata Palsu Anak Guna Tangan & Air

[Video] Anak Pernah Hidap Kanser, Ibu Dedah Cara Cuci Mata Palsu Anak Guna Tangan & Air

Mata kiri kanak-kanak lelaki itu akan dicuci setiap dua bulan selepas disahkan menghidap kanser sejak usia dua tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kanser adalah satu jenis penyakit berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi sel yang membentuk tanpa kawalan.

Sel kanser yang berkembang secara aktif di dalam badan boleh merisikokan seseorang untuk mendapat ketumbuhan tumor sehingga boleh menyebabkan beberapa organ gagal berfungsi dengan baik.

Kebiasaannya, penghidap kanser akan disarankan oleh doktor pakar untuk menjalani rawatan kimoterapi dalam beberapa tempoh bagi mematikan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan.

BACA JUGA: Isteri Sedih Suami Turun 20KG Lepas Disahkan Hidap Kanser Lidah


Cuci mata palsu anak setiap dua bulan

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik di TikTok (amnikifli) menunjukkan seorang wanita sedang mengeluarkan dan membersihkan mata palsu anak lelakinya menggunakan tangan.

Menerusi video berkenaan, wanita dikenali sebagai Amni berusia 36 tahun itu akan mencuci mata anaknya, Yusuf Khayr Ahmad Fauzi setiap dua bulan sekali menggunakan air.

Ketika proses tersebut, anaknya dilihat tenang ketika mata palsunya dikeluarkan dan dimasukkan.

https://www.tiktok.com/@amnikifli/video/7088543780030139674?_t=8RghHDul7iL&_r=1

Netizen doakan Yusuf membesar dengan sihat

Video berkenaan menjadi perhatian orang ramai selepas berjaya meraih 2.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik.

Di ruangan komen video berkenaan, kebanyakan netizen sebak melihat keadaan kanak-kanak lelaki itu dan membuatkan ramai bersyukur dengan nikmat penglihatan yang dimiliki.

Ada juga yang mendoakan supaya kanak-kanak itu membesar dengan sihat walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal.

Hidap kanser mata sejak usia dua tahun

Menurut laporan, kanak-kanak lelaki itu disahkan menghidap kanser mata atau Retinoblastoma tahap akhir sejak berusia 30 bulan.

Penyakit itu telah didiagnos sejak Yusuf berada dalam kandungan tetapi tidak dapat dikesan sehinggalah dia berusia dua tahun.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di Hospital Sungai Buloh menunjukkan sel kanser ada dalam dua mata anak saya dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser mata tahap akhir.

Amni berkata kepada Harian Metro.

Selepas perbincangan bersama suaminya, mereka bersetuju untuk membuang mata kanan anaknya seperti yang disarankan oleh doktor pakar bagi mengurangkan risiko sel kanser merebak ke bahagian otak.

Kami meneruskan dengan proses krioterapi serta laser untuk mata kiri selepas mata kanan selesai dibuang. Anak saya telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kitaran dari bulan Ogos hingga Disember pada tahun 2018.

Amni berkata kepada Harian Metro.

Amni meluahkan rasa syukur apabila tiada lagi sel kanser dikesan dan penglihatan anaknya juga semakin jelas walaupun hanya menggunakan mata kiri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd