Now Reading
Staf Restoran Dedah Rakaman CCTV Pelanggan Wanita Tak Puasa Undang Kecaman Netizen

Staf Restoran Dedah Rakaman CCTV Pelanggan Wanita Tak Puasa Undang Kecaman Netizen

Pekerja Burger King itu tampil mohon maaf selepas rakam video pelanggan tanpa kebenaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kita semua sedia maklum bahawa umat Islam diwajibkan untuk berpuasa bila tibanya bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, Islam memberi kelonggaran kepada beberapa golongan untuk tidak berpuasa mengikut keadaan mereka seperti bermusafir, ibu menyusu, wanita mengandung dan uzur.

BACA JUGA: Ini 5 Tips Berpuasa Untuk Bantu Ibu Yang Sedang Menyusu Bayi

Staf restoran makanan segera dedah pelanggan bertudung tak puasa

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (amyranadyaa), kelihatan seorang pekerja di restoran makanan segera sengaja mendedahkan salah seorang pelanggan mereka melalui rakaman CCTV.

Melalui rakaman CCTV itu, pekerja tersebut mempersoalkan tindakan pelanggan dipercayai beragama Islam yang dilihat tanpa segan silu menjamu selera di restoran berkenaan pada siang hari ketika bulan Ramadan.

Siap bagitahu pesanan makanan secara terperinci yang dibeli oleh pelanggan tersebut.

NOTA KAKI: Video asal yang dimuat naik oleh pemilik sebenar di TikTok telah dipadam.

Warganet beri pendapat berbeza-beza

Namun selepas tular video tersebut di media sosial, tindakan pekerja itu mendapat pelbagai respons dari orang ramai.

Beberapa orang warganet berpendapat bahawa pekerja itu tidak sepatutnya bersangka buruk. Mungkin pelanggan wanita itu sedang hamil dan tidak larat untuk berpuasa.

Malah ada juga yang mengkritik etika kerjanya yang tidak sepatutnya mendedahkan rakaman CCTV restoran berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang menegur bahawa tindakan wanita tersebut makan di tempat awam ketika bulan Ramadan adalah salah.

Pemilik video tampil mohon maaf

Selepas memadam video mendedahkan sikap pelanggan makan di restoran ketika bulan Ramadan, pekerja tersebut tampil memohon maaf.

Dia memuat naik video permohonaan maaf kerana mengambil rakaman video tanpa izin pelanggan berkenaan dan akan belajar dari kesilapannya.

https://www.tiktok.com/@qthanyyy/video/7088655384675667227?_t=8RfAZP0Hr8b&_r=1

Hukum makan di tempat terbuka ketika Ramadan

Isu ini bukanlah pertama kali dibincangkan oleh para agamawan.

Berdasarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, adalah lebih afdhal sekiranya golongan yang mempunyai keuzuran untuk berpuasa makan di tempat yang tersembunyi dari penglihatan orang ramai bagi mengelakkan fitnah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd