Now Reading
Pengguna Twitter Dedah Kisah Di Sebalik Lagu-lagu Popular Oleh Sudirman

Pengguna Twitter Dedah Kisah Di Sebalik Lagu-lagu Popular Oleh Sudirman

Sudirman banyak meluahkan perasaan sedihnya selepas bercerai melalui lagu-lagu yang dinyanyikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa tak kenal Sudirman Haji Arshad, penyanyi terkenal tanah air zaman 80an? Walaupun lagunya sudah lama dimainkan sejak dulu lagi, tetapi masih ‘evergreen’ sampai sekarang.

Kebanyakan lagu Sudirman cukup menyentuh jiwa dan kalbu. Tapi siapa sangka di sebalik lagu-lagu tersebut, ada kisah pilu tersimpan dalam hati.

Sumber: Budiey

Lagu tempat luahan hati Sudirman

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (nadiaazman_), dia menceritakan kisah sedih yang berlaku di sebalik pembikinan lagu Sudirman yang selalu kita dengar.

Boleh dikatakan hampir kesemua lagunya yang popular mempunyai kaitan dengan bekas isterinya dikenali sebagai Kay.

Kisahnya bermula apabila Sudirman mengalami depresi selepas melafazkan talak cerai meskipun dia masih menyayangi isterinya pada ketika itu.

Kalau anda perasan dalam lagu ‘Terasing’ oleh Sudirman, salah satu liriknya iaitu ‘Pemergianku mengisi permintaan, biarpun kau masih ku perlukan’ merupakan saat di mana dia melafazkan cerai dengan hati yang berat.

Selepas bercerai, kehidupan Sudirman agak kucar-kacir tetapi dia enggan mencari pengganti kerana masih mencintai bekas isterinya, Kay.

Perceraiannya bersama bekas isteri membuatkan Sudirman ingin kembali kepada adat Melayu semula di mana suami menjadi pemimpin keluarga dan isteri perlu sentiasa mentaati suami.

Beberapa individu yang melakukan selidik mendapati bekas isteri Sudirman adalah graduan Universiti Malaya dan bekerja sebagai eksekutif Petronas ketika berkahwin dengan penyanyi terkenal itu.

Lagu Sudirman

Antara lagu berkongsi kisah duka Sudirman adalah bertajuk ‘Bimbang Terluka Lagi’ yang dinyanyikan bersama Noorkumalasari.

Kalau anda dengar lagu ini, kita pun sekali terasa sedih.

“Kalau dapat kutarik semula detik waktu yang kini sejarah, pasti engkau menjadi pilihan penuh rela tanpa keraguan.”

Lebih memilukan lagi, Sudirman dikatakan menanggalkan cincin perkahwinannya hanya selepas tiga tahun bercerai.

Sudirman juga masih menyimpan pemetik api yang mempunyai nilai sentimental ketika bersama dengan bekas isterinya.

Kesedihan yang dialami oleh Sudirman turut dirasai oleh rakan karibnya, Habsah Hassan sehingga dia menulis lagu khas dinyanyikan oleh Rahim Maarof bertajuk ‘Dir’.

Sudirman dilaporkan telah meninggal dunia pada 22 Februari 1992 dan kini telah genap 30 tahun pemergian penyanyi terkenal ini.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Sudirman dalam ingatan

Walaupun sudah lama meninggalkan kita, Sudirman masih lagi menjadi ingatan dan dikenang oleh peminat-peminatnya.

Dalam masa yang sama, ada juga berharap agar lelaki lain di luar sana tidak mengalami pengalaman perit seperti yang dilalui oleh Sudirman.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd