Now Reading
Nanowhite Lantik Sweet Qismina Jadi Duta Produk & Lancar Kempen Raya

Nanowhite Lantik Sweet Qismina Jadi Duta Produk & Lancar Kempen Raya

Jenama Nanowhite mengekspresikan makna kecantikan dari dalam menerusi bekerjasama dengan ikon tempatan, Sweet Qismina.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.


Nanowhite, pakar penjagaan kulit pencerah terkemuka di bawah syarikat induk Tohtonku melantik Sweet Qismina sebagai duta jenama baharunya  untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia yang muda, urban dan bercita-cita tinggi.

Jenama ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti Malaysia untuk membantu mengukuhkan hubungan dengan lebih mendalam dengan pengguna sasarannya.

Kami mahu mengukuhkan komitmen jenama kami kepada pengguna kami. Kami percaya  bahawa dengan bekerjasama rapat dengan Sweet Qismina yang menjiwai semangat anak muda Malaysia, kami akan dapat memahami dengan lebih baik cara mereka berfikir dan bertindak, dan seterusnya memenuhi keperluan mereka dengan lebih tepat. Kami mahu mereka tahu bahawa kami memahami mereka dan sentiasa berusaha menambah baik tawaran kami dan memenuhi keperluan khusus mereka. Kami percaya Sweet Qismina adalah personaliti yang sempurna untuk bercakap dengan hati dan fikiran pelanggan Malaysia kami.

Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd Patrick Ee.

Sebagai pengguna setia produk Nanowhite, Sweet Qismina adalah duta jenama yang ideal  bagi mewakili aspirasi jenama dan anak muda Malaysia yang bercita-cita seperti beliau.

Saya benar-benar berbesar hati dipilih sebagai duta jenama untuk Nanowhite. Saya telah menjadi pengguna setia produk Nanowhite sejak muda dan saya sangat menyukai cara produk ini membantu saya menangani masalah kulit saya. Sama seperti saya, ramai rakan sebaya saya mempunyai aspirasi sama dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita mereka. Oleh itu, saya berminat untuk bekerjasama dengan Nanowhite bagi membantu orang lain seperti saya menjaga diri mereka sambil berusaha mengejar impian mereka.

Sweet Qismina.

‘Ayu Berseri, Seindah Aidilfitri’

Sumber: Facebook / nanowhite

Seiring dengan kempen baharu mereka yang dinamakan ‘Ayu Berseri, Seindah Aidilfitri’ memfokuskan kepada erti kecantikan sebenar.

Nanowhite mahu pelanggan mudanya mengetahui bahawa kebaikan, bersifat pemurah dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah perkara yang menjadikan seseorang itu cantik dari dalam.

Mengambil kesempatan melancarkan kempen baharu ini sempena bulan Ramadan, Nanowhite telah terinspirasi oleh pelanggan Muslim yang memerhati dan melakukan banyak amalan baik sepanjang tempoh ini.

“Kami terinspirasi dengan mereka dan kami mahu jenama kami mencerminkan kebaikan tersebut. Dua tahun lalu telah mengajar kami bahawa pelanggan kami sedang mencari pendekatan holistik untuk kecantikan. Dengan memahami keperluan dan kehendak mereka, kami telah mengambil langkah besar dalam merombak rangkaian utama kami dan memperkenalkan pembungkusan baharu serta formula yang dipertingkat pada Jun 2021,” ujar Patrick Ee.


Pop-Up Store di MyTOWN.

Untuk memulakan kempen, Nanowhite akan membuka ‘pop-up store’ di Pusat Beli-Belah MyTOWN bermula 15 April hingga 24 April yang bertujuan membolehkan orang ramai merasai pengalaman jenama ini dan mengambil bahagian dalam usaha amalnya bagi membina jenama yang lebih baik.

‘Pop-up store’ akan turut menampilkan aktiviti menyeronokkan dan interaktif seperti:

  • Peluang mengalami rangkaian Nanowhite Double Action.
  • Tempat ‘Instagrammable’.
  • Tapak pameran konsultasi kecantikan.
  • Hadiah serta promosi yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk membeli stok rangkaian produk Nanowhite mereka.

Jangan lepaskan peluang ini!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd