Now Reading
Teaser Muzik Video Raya Aliff Syukri Didakwa Cemar Imej Islam

Teaser Muzik Video Raya Aliff Syukri Didakwa Cemar Imej Islam

Penari lelaki di dalam muzik video lagu Raya Aliff Syukri ini dikritik kerana memakai singlet dan songkok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sekali lagi, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengeluarkan lagu raya baharu berjudul Kepelak Kelepuk Raya.

Aliff dilihat memuat naik teaser lagu itu di laman Instagram miliknya yang telah meraih 26,000 likes daripada pengikutnya.

Walau bagaimanapun, sebilangan netizen berkata mereka kurang selesa dengan penampilan tiga orang penari latar dalam video tersebut.

Penari bawa imej negatif Islam

Menurut netizen, ketiga-tiga penari latar itu tidak membawa imej umat Islam kerana pemakaian mereka yang dianggap tidak senonoh.

Dalam pada masa yang sama, tarian itu dianggap keterlaluan dan video seperti itu tidak sesuai untuk tontonan orang ramai terutamanya pada bulan Ramadan.

Netizen berkata penari lelaki itu kelihatan feminin dan seolah-olah merujuk kepada usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat.

Usahawan kosmetik transgender itu didakwa melarikan diri ke Thailand melalui Padang Besar secara haram sebelum berhijrah ke Australia.

BACA JUGA: [Terkini] PDRM Buat Permohonan Bawa Sajat Pulang Ke Malaysia

Tahun lalu, Aliff juga menggunakan penari latar yang sama untuk membuat persembahan dalam video muzik lagu raya Lala Raya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd