Chef Ammar Tutup Kedai Cawangan USJ 4 Kerana Didakwa Terkena Sihir
Seorang ustaz menjelaskan kepada Chef Ammar bahawa perniagaannya di cawangan USJ 4 mungkin telah disihir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Boleh dikatakan sepanjang bulan Ramadan ini nama Chef Ammar menjadi sebutan ramai selepas beberapa kejadian melibatkan perniagaan Nasi Arab miliknya.
Antara isu yang pernah timbul adalah apabila salah seorang pelanggan mengamuk apabila tidak sempat membeli juadah jualannya kerana kehabisan stok.
BACA JUGA: “Lebih 10 Tak Boleh” – Pelanggan Rayu Chef Ammar Hadkan Jualan Buat Setiap Orang
Bukan itu sahaja, Chef Ammar juga dilihat ‘menyekolahkan’ pelanggan yang memarahi tindakan pekerja mengutamakan wanita mengandung ketika beratur di kedai mereka.
BACA JUGA: Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Yang Marah Pekerjanya Dahulukan Ibu Hamil
Didakwa ditutup kerana terkena sihir?
Dugaan demi dugaan yang dilalui, kini Chef Ammar diuji sekali apabila salah satu cawangannya di bazar berhampiran USJ 4, Subang Jaya terpaksa ditutup.
Cawangan tersebut didakwa terpaksa ditutup gara-gara terkena sihir yang dihantar oleh seseorang.
Perkara itu diumumkan oleh Chef Ammar melalui live yang dibuat menerusi laman TikTok miliknya.
Chef Ammar menjelaskan bahawa perniagaannnya di USJ 4 tiba-tiba sahaja merundum. Tiada lagi pelanggan yang beratur panjang seperti biasa.
Bukan itu sahaja, anaknya serta pekerja-pekerja lain juga ada yang tidak bersemangat dan malas bekerja.
Berikutan itu, Chef Ammar menjelaskan masalah yang dihadapinya kepada ustaz dan dimaklumkan bahawa kedainya mungkin telah disihir.
Bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk sehingga melibatkan ahli keluarga yang lain, Chef Ammar mengambil keputusan untuk menutup bazar cawangan USJ4 berkenaan.
Tempat Chef Ammar berniaga di Usj4 tutup sebab disihir! 😭😭😭 pic.twitter.com/vTuqaUztmG
— Aidan Brown 🤎 (@mediumbrownc) April 17, 2022
Semoga Chef Ammar kuat menghadapi dugaan dalam perniagaannya ini. Harapnya ujian ini menjadi asbab Chef Ammar dimurahkan rezeki pada masa akan datang.
Buat peniaga di luar sana, berniagalah dengan cara yang baik sebab kita sama-sama cari rezeki yang halal untuk keluarga kan?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.