Now Reading
“Lebih 10 Tak Boleh” – Pelanggan Rayu Chef Ammar Hadkan Jualan Buat Setiap Orang

“Lebih 10 Tak Boleh” – Pelanggan Rayu Chef Ammar Hadkan Jualan Buat Setiap Orang

Menu Nasi Arab Lamb Shank oleh Chef Ammar kini menjadi kegemaran ramai sehingga terpaksa beratur panjang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, nama Chef Ammar disebut-sebut selepas ada pelanggan mendakwa harga menu terkenal miliknya iaitu Nasi Arab Lamb Shank terlalu mahal dan tidak munasabah.

Selepas tular tuduhan tersebut, Chef Ammar tampil memberikan penjelasan tentang jualan juadahnya yang agak mahal berbanding peniaga lain.

BACA JUGA: Terkilan Harga Menu Dituduh Mahal Setanding ‘Tel Aviv’, Chef Ammar Jelas Hal Sebenar

Menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok (@Siakap3Rasa), Chef Ammar turut meluakan rasa kecewa sehingga mengalirkan air mata kerana perniagaannya dikecam oleh netizen.

https://www.tiktok.com/@airrmelllowwww/video/7084817827009449243?_r=1&_t=8RNBpXTAKnq&social_sharing=v3

Pelanggan minta hadkan pembelian setiap orang

Selepas tular tentang menu juadah Nasi Arab Lamb Shank oleh Chef Ammar, gerai jualannya diserbu ramai di bazar Stadium Shah Alam sehingga terpaksa beratur panjang.

Tetapi lain pula yang berlaku selepas salah seorang pelanggan yang ingin mendapatkan makanan tersebut dilihat ‘menegur’ Chef Ammar.

Menerusi video di TikTok (@Muhamad Bukhari), lelaki itu memberi teguran kepada Chef Ammar untuk mengehadkan pembelian setiap pelanggan bagi memberi peluang kepada orang lain membeli juadahnya juga.

Dia sebagai pelanggan faham mungkin ada sesetengah orang kecewa tidak dapat membeli juadah tersebut selepas sudah beratur panjang.

Datang awal kalau takut habis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan teguran lelaki itu kerana beranggapan dia sepatutnya datang lebih awal kalau takut makanan itu habis dijual.

“First come first serve” gitu.

Worth the price?

Berbaloi ke beli Nasi Arab Lamb Shank berharga RM50?

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ceddy mencuba sendiri juadah yang menjadi kegilaan orang ramai selepas dia berkongsi ‘review’ nasi tersebut.

Katanya, pukul 3 pm pun juadah itu sudah habis dijual. Memang laku keras betul!

Terliur pula tengok dia hirup kuah tu. Fuh!


Setiap orang ada cara masing-masing nak berniaga. Anda sebagai pelanggan kalau rasa nak tapau beli banyak-banyak untuk keluarga di rumah, lebih baik beratur awal sebelum kehabisan.

Kalau dah habis juga, bukan rezekilah namanya. Tak apa, boleh cuba hari lain okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd