Scammer Guna Taktik Godam Telegram Ahli Keluarga Untuk Tipu Mangsa
Scammer tersebut menggodam aplikasi Telegram ayah mangsa dan ‘berlakon’ mahu meminjam wang untuk diberikan kepada ahli keluarga.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Daripada dulu sampai sekarang, jenayah scam ini tidak pernah berhenti. Ada sahaja taktik mereka untuk mencari mangsa.
Antara taktik yang pernah digunakan oleh mereka adalah dengan menggunakan nombor telefon pejabat yang bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
BACA JUGA: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!
Bukan itu sahaja, scammer ini juga pernah mencipta taktik baharu iaitu dengan menghantar e-mel berkaitan pengisian e-Filing bagi mendapatkan maklumat peribadi mangsa.
BACA JUGA: Scammer ‘Upgrade’ Taktik Guna E-mel Untuk Isi e-Filing Pula. Hati-hati Semua!
Godam Telegram pula
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@_miyaarsad) membuat perkongsian apabila aplikasi Telegram milik ayahnya telah digodam oleh scammer.
Menerusi gambar perbualan dengan scammer yang dimuat naik itu menunjukkan penjenayah berkenaan ingin meminjam wang sebanyak RM2,000 untuk diberi kepada ahli keluarga.
Telegram ayah aku kena hack dengan scammer. Duk mintak duit. Bapak aku ada je depan aku ni.
— KAKAK INAI 🇵🇸 (@_miyaarsad) April 5, 2022
Cibai betul nak duit senang jee. Sekarang ni dah x boleh nak access account telegram tu. Ada sesiapa boleh tolong ke? pic.twitter.com/TXfCQPrZHg
Sebenarnya, mangsa sudah mengesyaki bahawa individu yang ‘berlakon’ sebagai ayahnya itu adalah scammer.
Namun, dia tetap melayan scammer tersebut bagi mendapatkan nama dan nombor akaun.
Dalam masa yang sama, perkara itu juga dimaklumkan kepada ahli keluarga yang lain supaya tiada sesiapa menjadi mangsa scammer berkenaan.
1. Saya dah inform family members semua pasal benda ni.
— KAKAK INAI 🇵🇸 (@_miyaarsad) April 5, 2022
2. Conversation kat atas ni. Conversation along saya dgn scammer tu. Along dah aware pasal scammer ni. Dia layan sbb nak dapatkan nama n nombor akaun scammer tu.
3. Sekarang nak masuk telegram abah dah x boleh. pic.twitter.com/aEkxw0nEX0
Ramai rupanya yang terkena juga
Di ruangan komen tweet tersebut, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa apabila menerima mesej yang hampir sama daripada ahli keluarga menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Ayah saya kena jugak last month. Buat police report and notified kat whatsapp jangan reply msg ni. Yang penting jangan uninstall telegram. Cuba tengok kat setting telegram ada tak unknown device
— アミーラ (@hiinameera) April 5, 2022
Modus operandi yang sama. Tak tahu macam mana boleh access telegram Ayah pic.twitter.com/7y6FbbnKf5
— Anne ✨ (@NnyZul) April 5, 2022
Same goes here 😤 malaun mana entah guna gambar ayah aku pic.twitter.com/vIEdaH1PMX
— شاوقي زفارين 🇵🇸🏴 (@syauqi_1308) April 6, 2022
Semak dahulu sebelum ditipu
Walau apa taktik sekali pun yang scammer guna, anda jangan mudah terpedaya okey?
Semak dahulu dengan individu yang terlibat sekiranya anda mengenali mereka. Kalau boleh call terus mereka untuk mendapatkan kepastian.
Dalam masa yang sama, anda boleh menyemak di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dengan menggunakan nombor telefon, kad pengenalan atau akaun bank yang diterima oleh scammer.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.