Now Reading
[Rasmi] Profesor UiTM Hina Pelajar B40 Direhatkan Tugas

[Rasmi] Profesor UiTM Hina Pelajar B40 Direhatkan Tugas

Pihak UiTM membuat keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikatakan menghina pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba.

Dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu, pelajar tersebut turut menjelaskan bapanya tidak bekerja dan ibunya sudah meninggal dunia.

Yang lebih mengejutkan lagi, pensyarah itu juga meminta supaya kakak pelajar tersebut menjual gelang emasnya untuk membelikan sebuah komputer tiba bagi tujuan pembelajaran.

BACA JUGA: Isu Pensyarah Herdik Pelajar B40 Tiada Laptop, UiTM Akan Ambil Tindakan

Susulan tular video tersebut, pihak UiTM telah mengambil tindakan dan melakukan siasatan kepada pihak yang terlibat.

Hasil siasatan yang melibatkan beberapa kumpulan pelajar mengesahkan bahawa video tersebut berlaku semasa kuliah secara online pada minggu kelapan Semester Oktober 2021 sehingga Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction Economic and Islamic Finance) yang diajar oleh Prof. Ts. Dr. Roshana Takim.


Profesor Rohana Direhatkan Dari Tugas – UiTM.

UiTM baru-baru ini telah memuat naik kenyataan rasmi mengenai hal ini menerusi IG Story.

Baca penuh di bawah:

“Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada 31 Mac 2022 telah berkeputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.

“Keputusan ini dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur.

“Pada masa yang sama, pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik uniyersiti serta menggugat keselamatan warga.

“UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejanteraan warga akademik dan juga pelajarnya. Dalam konteks ini, pihak UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan.”

Kenyataan rasmi UiTM menerusi IG Story sekitar 30 minit lalu.
(Sumber: uitm.official/Instagram)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd