Now Reading
Siasatan UiTM Dedahkan Ibu Pelajar B40 Tidak Meninggal Dunia

Siasatan UiTM Dedahkan Ibu Pelajar B40 Tidak Meninggal Dunia

Siasatan daripada pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapati bahawa ibu kepada pelajar B40 itu masih hidup dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikatakan menghina pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba.

Dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu, pelajar tersebut turut menjelaskan bapanya tidak bekerja dan ibunya sudah meninggal dunia.

Yang lebih mengejutkan lagi, pensyarah itu juga meminta supaya kakak pelajar tersebut menjual gelang emasnya untuk membelikan sebuah komputer tiba bagi tujuan pembelajaran.

BACA JUGA: Isu Pensyarah Herdik Pelajar B40 Tiada Laptop, UiTM Akan Ambil Tindakan

Susulan tular video tersebut, pihak UiTM telah mengambil tindakan dan melakukan siasatan kepada pihak yang terlibat.

Sumber: Made In UiTM

Siasatan UiTM dedahkan perkara sebenar

Pihak pengurusan UiTM telah mengarahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ke universiti tersebut di cawangan Perak Kampus Sri Iskandar pada 30 Mac bagi melakukan siasatan tentang kejadian tersebut.

Hasil siasatan yang melibatkan beberapa kumpulan pelajar mengesahkan bahawa video tersebut berlaku semasa kuliah secara online pada minggu kelapan Semester Oktober 2021 sehingga Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction Economic and Islamic Finance) yang diajar oleh Prod. Ts. Dr. Roshana Takim.

Sumber: Twitter

Latar belakang keluarga pelajar B40 didakwa telah dihina oleh pensyarah tersebut mempunyai sedikit salah faham dengan apa yang diberitahu di dalam video yang tersebar.

Siasatan mendapati ibu kepada pelajar tersebut masih hidup dan kini bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang.

Pelajar tersebut juga sebenarnya mempunyai komputer peribadinya sendiri tetapi tidak dibawa bersama ke kampus.

Tujuan video itu disebarkan juga tidak mendapat persetujuan daripada pelajar tersebut selepas dikatakan direkod dan ditularkan oleh individu lain.

Tindakan UiTM

Berikutan itu, Pihak Pengurusan UiTM melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UiTM boleh mengambil salah satu pilihan keputusan seperti berikut:

  • Tiada sebarang tindakan diambil kepada pensyarah dan pelajar untuk mengharmonikan keadaan.
  • Menamatkan kontrak pensyarah yang baru sahaja diperbaharui pada 15 mac 2022.

Namun, segala keputusan UiTM perlu bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd