Now Reading
Pelakon Crash Landing On You, Hyun Bin & Son Ye Jin Sudah Berkahwin!

Pelakon Crash Landing On You, Hyun Bin & Son Ye Jin Sudah Berkahwin!

Pelakon Crash Landing On You iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin sah bergelar pasangan suami isteri dalam satu majlis tertutup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pelakon siri drama terkenal Crash Landing On You (CLOY) iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin kini sudah sah bergelar pasangan suami isteri dalam satu majlis tertutup di Seoul, Korea.

Perkara itu dimaklumkan oleh agensi pengurusan, VAST Entertainment dalam satu kenyataan di laman Instagram mereka.

Majlis perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin dilaksanakan dalam skala yang kecil dan hanya menjemput keluarga serta rakan terdekat berikutan situasi Covid-19 di negara tersebut.

Terdahulu, Hyun Bin pernah mengeluarkan satu kenyataan pada bulan Februari lalu bahawa di bakal berkahwin dengan Son Ye Jin pada Mac tahun ini.

BACA JUGA: Hyun Bin & Son Ye Jin Umum Bakal Berkahwin Mac Depan

Pasangan ini dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta sejak Januari 2020 selepas tamat penggambaran drama terkenal Crash Landing On You.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin. Selamat menjalani kehidupan alam perkahwinan!

Sumber: Soompi

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd