Now Reading
Konsert Justin Bieber Live In Malaysia Pada Oktober 2022. Tiket Dijual Bermula Hari Ini!

Konsert Justin Bieber Live In Malaysia Pada Oktober 2022. Tiket Dijual Bermula Hari Ini!

Justin Bieber Justice World Tour bakal berlangsung pada 22 Oktober 2022 dengan harga tiket bermula RM288.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


‘Beliebers’ kini semakin teruja apabila artis kesayangan mereka Justin Bieber mengumumkan akan datang ke Malaysia untuk konsert Justice World Tour pada hujung tahun ini.

Konsert Justin Bieber itu bakal berlangsung selama sehari pada 22 Oktober 2022 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur.

Korang yang akan pergi ke Justice World Tour tersebut boleh dengar lagu-lagu yang pernah popular sepanjang sedekad kerjayanya dalam industri ini bermula dari lagu Baby sehingga Ghost.

Antara lagu kegemaran yang akan dipersembahkan sewaktu konsert itu nanti adalah seperti Somebody, Where Are U Now, Love Yourself, Boyfriend, dan Confident.

Macam mana nak beli tiket?

Tiket untuk konsert Justin Bieber ini akan bermula pada harga RM288 bagi tempat duduk termurah (Kategori 7) sehingga RM2,088 untuk Pakej VIP “Ghost”.

Kedudukan pentas dan tempat berdasarkan lokasi tiket. (Sumber: GoLive Asia)

Kalau korang nak tengok kedudukan pentas dan tempat duduk serta banyak lagi, boleh layari laman web tiket GoLive Asia.

OMG kami pun excited juga ni!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two + three =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd