Now Reading
Jenama Yogurt Tempatan Didakwa Tiru ‘llaollao’. Ini Respon Mereka

Jenama Yogurt Tempatan Didakwa Tiru ‘llaollao’. Ini Respon Mereka

Kedai yogurt tempatan iaitu ll.la.lo ini katanya mempunyai konsep dan nama yang hampir sama jenama llaollao.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beli sebut llaollao, mesti ramai akan teringat yogurt dan pilihan sos yang bermacam-macam seperti karamel, coklat dan sebagainya.

Rangkaian pencuci mulut ini sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau tak percaya cuba korang tengok? Hampir di setiap pusat beli-belah akan ada rangkaian llaollao.

Alamak, terliur pula cakap pasal llaollao. Sedapnya!

Sumber: LoopMe Malaysia

ll.la.lo tiru llaollao?

Namun siapa sangka jenama frozen yogurt dari Sepanyol ini didakwa telah ditiru oleh jenama tempatan di Malaysia?

Mana tidaknya, produk dan konsep jualan mereka serta nama pun tidak jauh bezanya, iaitu ll.la.lo.

Nak sebut macam mana pun kami tak pasti bunyinya.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh jenama tempatan itu di laman Facebook rasmi mereka, rangkaian ll.la.lo itu baru sahaja dibuka berhampiran Ampang Point dan sedang menawarkan promosi pembukaan dengan potongan harga sehingga 50%.

Ini pula respon dari llaollao

Pihak llaollao tidak terlepas daripada perkara ini selepas ianya mula tersebar di Facebook beberapa hari lalu.

Namun respon dari llaollao pula yang menarik perhatian ramai selepas mereka dilihat memuat naik ‘meme’ tamparan Will Smith kepada Chris Rock ketika anugerah Oscars baru-baru ini.

Pandai betul llaollao ikut trend!

Tak apa, mungkin ini boleh mewujudkan persaingan sihat antara kedua-dua jenama dan memperbaiki servis dan produk menjadi lebih baik.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd