Now Reading
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Golongan Muda Tak Lulus? Mungkin Ini Sebabnya

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Golongan Muda Tak Lulus? Mungkin Ini Sebabnya

LHDN menerusi satu ciapan balas kemudian mengesahkan dakwaan berkenaan dan memaklumkan bahawa individu berstatus pelajar sepenuh masa tidak layak untuk membuat permohonan BKM 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tarikh 28 Mac iaitu semalam adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pemohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kerana mereka dapat mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan tersebut.

Untuk mereka yang diluluskan untuk menerima bantuan BKM, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing mula 28 Mac hingga 8 April ini.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Mula Diberi Mulai Hari Ini, 28 Mac

Bengang sebab status tidak berjaya

Di media sosial, ramai golongan muda yang meluahkan rasa kecewa selepas permohonan BKM mereka tidak diluluskan walaupun sudah memenuhi syarat ditetapkan.

Seorang pengguna Twitter (khrlazmiii) yang juga tidak berjaya dengan permohonannya telah menghubungi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk meminta penjelasan.

Rupa-rupanya, individu bujang yang berstatus pelajar tidak layak untuk memohon bantuan tersebut.

Menurutnya lagi, jika nombor kad pengenalan seseorang itu dikesan dalam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), secara automatik permohonan akan gagal.

Ramai juga meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mengetahui perkara sebenar.

Ini penjelasan dari LHDN

Selepas ramai yang mula membuat aduan, pihak LHDN menjelaskan bahawa individu berstatus pelajar sepenuh masa tidak layak untuk membuat permohonan BKM 2022.

Namun sekiranya anda sudah tamat belajar pada tahun lepas tetapi masih dikira sebagai pelajar, anda boleh kemukan pengesahan semasa tempoh rayuan.


Tak apa, masih ada harapan kerana kerajaan juga akan membuka permohonan rayuan mula 2 Mei selama satu bulan buat mereka yang tidak berjaya pada permohonan pertama.

Jangan risau, rezeki tak pernah salah alamat. Mungkin ada peluang untuk anda bagi permohonan kedua ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd