Now Reading
Doktor Dedah Kes Kanak-kanak Tertelan Duit 50 Sen Dalam Salur Pernafasan

Doktor Dedah Kes Kanak-kanak Tertelan Duit 50 Sen Dalam Salur Pernafasan

Doktor pakar itu memberitahu bahawa kanak-kanak berusia tujuh telah tertelan duit syiling sebesar 50 sen ke dalam salur pemakanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kejadian kanak-kanak tertelan duit syiling bukanlah insiden yang asing di negara kita kerana boleh dikatakan beberapa kali juga pernah berlaku.

Aksi yang berbahaya ini agak merisaukan kerana perbuatan anak-anak kecil tersebut boleh berlaku dengan sangat pantas tanpa disedari oleh ibu bapa.

Ada yang katanya tertelan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Bahaya tu.

Pada waktu itu, pastinya ibu bapa akan cemas selepas mendapati anak mereka tertelan bendasing yang keras ke dalam tubuh badan.

Kanak-kanak tertelan syiling 50 sen

Baru-baru ini, seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) iaitu Dr Mohd Shaiful Nizam berkongsi di laman Twitter miliknya tentang kes seorang anak kecil berusia tujuh tahun tertelan duit syiling sebesar 50 sen yang dikendalikan olehnya.

Soalan pertama yang ditanyakan tentang pesakit adalah sama ada dia sesak nafas atau tidak.

Ini kerana keadaan akan menjadi lebih berbahaya jika syiling tersebut tersalah masuk ke dalam salur pernafasan berbanding salur pemakanan.

Selepas beberapa prosedur dilakukan, pembedahan untuk mengeluarkan duit syiling tersebut berjaya dilakukan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

Menurut doktor berkenaan, itu adalah saiz duit syiling yang paling besar yang pernah dikeluarkan olehnya jika dibandingkan dengan pesakit-pesakit sebelum ini.

Nasihat untuk ibu bapa

Selepas melihat insiden yang sama kerap kali berulang, doktor ini menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau dan mengawai tingkah laku anak-anak terutamanya yang masih kecil.

Ibu bapa juga perlu mengawal tingkah laku masing-masing supaya tiada aksi bahaya yang ditiru oleh anak-anak kecil mereka.

Kalau ada anak-anak anda didapati tertelan bendasing dan mereka berkelakuan agak pelik, segera bawa ke hospital bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd