Now Reading
Tular Video TikTok Persoal Ciptaan Allah, Ini Respons Seorang Ustaz

Tular Video TikTok Persoal Ciptaan Allah, Ini Respons Seorang Ustaz

Video TikTok yang tular mempersoalkan tentang penciptaan Allah turut mendapat respons dari seorang ustaz di Twitter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau korang perasan di TikTok sekarang memang banyak yang ikut trend buat video dengan soalan-soalan di luar kotak.

Kebanyakan soalan yang ditanya adalah soalan rawak tentang kehidupan dan sejarah asal usul.

Namun, ada juga sesetengah pihak dikatakan telah mempersoalkan tentang isu yang agak sensitif sehingga boleh mengelirukan orang ramai.

BACA JUGA: Demi Konten TikTok, Remaja Tuang Sabun Dalam Kolam Kini Ditahan Polis

Persoal ciptaan Allah

Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang lelaki mempersoalkan tentang ciptaan Allah SWT.

Soalannya berbunyi seperti ini, “Manusia bermula dengan Nabi Adam dan Hawa sebab Allah yang cipta, tapi Allah pula siapa yang cipta?”.

Disebabkan mendapat kecaman yang terlalu banyak dari netizen, video tersebut telah dipadam oleh pemiliknya di TikTok.

Boleh dikatakan ramai kurang setuju dengan cara dia mempersoalkan tentang perkara tersebut yang berada di luar jangkauan manusia.

Ini respons seorang ustaz

Video yang viral itu juga telah meraih perhatian seorang ustaz bernama Muhammad Fahmi Rusli di Twitter.

Pendakwah bebas itu berkongsi beberapa ilmu tentang akidah yang perlu diketahui oleh orang ramai selepas tular persoalan tentang ciptaan Allah menerusi video TikTok.

Menurut ustaz tersebut, seseorang itu perlu mempelajari ilmu akidah yang kukuh untuk membezakan antara Al-Khaliq (Maha Pencipta) dan Al-Makhluq (Makhluk).

Perkara ini dikukuhkan lagi sebuah hadis daripada Riwayat Muslim.

Cara bebaskan diri dari bisikan syaitan

Ustaz itu menjelaskan bahawa soalan-soalan seperti yang tular tersebut sebenarnya termasuk dalam ‘waswasah’ atau disebut sebagai bisikan syaitan ke dalam dada manusia.

Bila muncul situasi seperti ini, antara cara untuk membebaskan diri kita daripada perkara tersebut adalah dengan melakukan beberapa cara seperti berikut:


Tidak salah untuk kita bertanya tentang soalan seperti itu tetapi biarlah ditanya terus kepada pihak yang lebih berilmu berbanding mengajukan soalan secara terbuka kepada orang ramai.

Risau kalau soalan kita itu boleh mengelirukan orang lain.

Semoga isu ini dapat dijadikan iktibar kepada kita semua untuk memperbaiki diri dan mempelajari lebih banyak ilmu agama.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd