Now Reading
[Video] Lagi Kes ‘Karen’ Baharu Dilihat Amuk Bila Dihalang Masuk SOGO Sebab Tak Pakai Mask

[Video] Lagi Kes ‘Karen’ Baharu Dilihat Amuk Bila Dihalang Masuk SOGO Sebab Tak Pakai Mask

Wanita itu menengking pekerja kerana menghalangnya memasuki SOGO tanpa memakai pelitup muka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, pernah viral tentang seorang wanita mat salleh yang digelar ‘Karen’ selepas dia dikatakan telah melanggar SOP dengan sengaja dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Wanita itu telah didenda RM3,000 oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang dilakukan ketika di KLCC dan Bangsar Shopping Centre (BSC).

BACA JUGA: [Watch] Caucasian KLCC ‘Karen’ Argues With Luxury Brand Staff To Let Her Shop Without A Mask

Kes yang sama, orang berbeza

Baru-baru ini, tular satu lagi video di TikTok menunjukkan seorang wanita mengamuk di sebuah pusat beli-belah SOGO di Kuala Lumpur.

Wanita itu dilihat menengking beberapa pekerja di situ selepas pihak premis menghalangnya daripada memasuki pusat beli-belah tersebut kerana enggan memakai pelitup muka.

Dalam video tersebut, wanita itu mempersoal tindakan pekerja dan polis bantuan yang tidak membenarkan dia masuk dan bertanya sama ada mereka bekerja untuk Amerika Syarikat.

Awak kerja dengan Amerika Syarikat ke? Awak sokong negara mana ni? Awak berpihak pada Biden ke? Saya tanya ni, awak sokong Biden ke?

Wanita yang tidak memakai pelitup muka di dalam video berkenaan.

Walaupun sudah ditengking oleh wanita berkenaan, pekerja tersebut tetap bertegas meminta ‘Karen’ untuk meninggalkan pusat beli-belah tersebut.

https://www.tiktok.com/@ril.qeem/video/7078240929827638555?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ada yang kata dia tak sihat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan wanita berkenaan yang enggan mengikut SOP yang sudah ditetapkan oleh kerajaan sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Ada juga yang kononnya menyamakan wanita ini dengan Kak Long 7E yang pernah viral sebelum ini.

Namun, ada juga mendakwa bahawa wanita tersebut sebenarnya ‘kurang sihat’ dan sering dilihat berhampiran tepi jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Kalau betul wanita ini betul-betul ‘tak sihat’, harapnya dia segera mendapatkan rawatan dan sokongan supaya insiden seperti ini tidak berlaku lagi.

BACA JUGA: Singapura Tarik Balik SOP Wajibkan Pelitup Muka Di Luar Rumah Bermula 29 Mac


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd