Now Reading
[Video] Adik ‘Sponsor’ Kakak Tunai Umrah Di Tanah Suci Untuk Balas Jasa Menjaga Ibu

[Video] Adik ‘Sponsor’ Kakak Tunai Umrah Di Tanah Suci Untuk Balas Jasa Menjaga Ibu

Adik bongsu buat kejutan dengan menaja kakaknya mengerjakan Umrah sebagai tanda penghargaan menjaga ibu selama empat tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Syurga di bawah telapak kaki ibu. Biasa kan kita dengar ayat ini?

Ibu adalah insan yang banyak berkorban daripada mereka mengandung sehingga membesarkan kita menjadi orang yang berjaya hari ini.

BACA JUGA: [Video] Netizen Sebak Lihat Ibu Dukung Anak Sambil Jadi Rider Foodpanda

Selain ibu, tugas seorang kakak juga penting dan kebiasaannya mereka diibaratkan seperti ibu kedua dalam keluarga kerana selalu membantu dalam menguruskan hal rumah.

Sumber: Sinaran Wanita

Hadiah untuk kakak

Bercerita tentang kakak, baru-baru ini tular video di TikTok apabila seorang adik bongsu membuat kejutan dengan menaja kakaknya mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (Zaiton Mohamed) menunjukkan mereka sekeluarga sedang berkumpul bagi majlis doa selamat sebelum membacakan senarai nama yang bakal mengerjakan Umrah.

Tanpa pengetahuan ibu dan kakaknya, adik bongsu daripada keluarga itu telah membuat kejutan dengan memasukkan nama kakaknya ke dalam senarai berkenaan.

Selepas terdengar namanya disebut, kakak itu mengalirkan air mata kerana tidak boleh tahan sebak dan terus pergi memeluk adik bongsunya.

Difahamkan, kakaknya itu telah menjaga ibu mereka selama empat tahun dan pakej umrah itu diberikan bagi membalas jasanya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 153,000 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Ramai menangis sekali

Bukan kakak dalam video itu sahaja yang menangis, netizen pun sekali mengalirkan air mata kerana sebak melihat balasan yang diberikan oleh adik bongsu.

Ada juga yang beranggapan mungkin ini rezeki kepada kakaknya yang telah menjaga ibunya dengan baik.


Dapat ahli keluarga yang baik pun dikira satu rezeki, betul tak?

Walaupun kita sibuk macam mana sekali pun, jangan pernah lupa untuk bertanya khabar dan menjaga ibu bapa kita di saat mereka memerlukan.

Alamak, kami pun tiba-tiba nak mengalir air mata sambil berkongsi tentang cerita ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd