Demi Konten TikTok, Remaja Tuang Sabun Dalam Kolam Kini Ditahan Polis
Sekumpulan remaja itu dilihat menuang sabun cecair ke dalam kolam hiasan di Kluang Parade, Johor pada jam 5.30 pagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kerana terpengaruh dengan TikTok, sekumpulan remaja ditangkap kerana menuang sabun jenis cecair ke dalam sebuah kolam hiasan di pusat belah-belah Kluang Parade, Johor.
Tindakan tidak bertanggungjawab oleh beberapa remaja itu berjaya ditangkap oleh pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Rakaman video dipercayai berlaku pada jam 5.30 pagi itu menunjukkan mereka sedang berkumpul beramai-ramai di hadapan kolam hiasan tersebut sebelum menuang sabun cecair dan segera melarikan diri menggunakan motosikal.
8 remaja ditahan kerana menuang sabun dalam kolam hiasan di sebuah pusat beli-belah di Kluang, Johor Ahad lalu. #BuletinFM #tuangsabun #Johor
— Buletin FM🇲🇾 (@buletinfm) March 23, 2022
Sumber: @kosmo_online pic.twitter.com/LwTE38Cga8
Suspek sudah ditahan polis
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng, lapan remaja berusia 16 hingga 19 tahun telah berjaya ditahan pada jam 4.00 petang pada Selasa lalu (22 Mac) selepas menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang.
Hasil ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah dan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan vandalisme terhadap harta benda awam kerana anda boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa kompromi.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.