Now Reading
[Video] Pelajar Sekolah Lawat Kubur Arwah Cikgu Tanda Syukur Tamat SPM

[Video] Pelajar Sekolah Lawat Kubur Arwah Cikgu Tanda Syukur Tamat SPM

Kalau pelajar lain mungkin ada berpesta, tetapi mereka pula beri penghormatan kepada arwah guru Sains Cikgu Normala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tindakan sekumpulan pelajar SMK Seri Tasik di Cheras meraikan hari terakhir sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka dengan cara istimewa telah mendapat pujian ramai.

Kalau pelajar lain mungkin ada berpesta, namun lain pula dengan pelajar-pelajar ini apabila mereka mengambil keputusan untuk melawat kubur arwah guru sebaik sahaja peperiksaan tamat.

Salah seorang pelajar dikenali sebagai Zeem (@azeemiskndr) memuat naik video di TikTok ketika perjalanan mereka melawat guru kesayangan mereka. Mereka dilihat duduk di sekeliling kubur tersebut bagi memberi penghormatan.

Kami melawat guru kami di ‘rumah baru’ sebaik sahaja selesai tamat kertas peperikaan terakhir. Semoga roh arwah Cikgu Normala dirahamti.

Zeem menulis dalam kapsyen video tersebut.

Video yang menyentuh hati itu telah meraih 153.2k tanda suka setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@azeemiskndr/video/7075630865983868186?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Zeem memberitahu kepada World of Buzz bahawa Cikgu Normala meninggal dunia pada 25 Februari lalu dan dia seorang yang baik hati. Beliau merupakan seorang guru kanan yang mengajar subjek Sains di sekolah itu.

Beberapa pelajar lain juga menziarahi kubur arwah Cikgu Normala semasa hari pengebumiannya. Namun, sehingga kini punca kematiannya masih tidak diketahui.

Netizen pun terharu

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu melihat rasa cinta pelajar terhadap guru mereka sehingga ada yang berasa sebak melihat video tersebut.

Ramai memuji tingkah laku pelajar tersebut yang boleh dicontohi serta mendoakan kejayaan mereka.

Netizen juga percaya Cikgu Normala pasti gembira mempunyai pelajar yang baik seperti mereka.

Dalam pada masa sama, dua orang saudara mara Cikgu Normala meluahkan rasa terharu melihat kemesraan pelajar terhadap ibu saudara mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan dan memberi penghormatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd