Now Reading
Shopee ‘Down’ Buat Sementara Waktu

Shopee ‘Down’ Buat Sementara Waktu

Shopee memaklumkan aplikasi mereka sedang mengalami gangguan teknikal dah sedang menyelesaikannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, aplikasi pembelian atas talian yang terkenal iaitu Shopee dilaporkan mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu.

Menurut posting yang dimuat naik oleh Shopee di laman Twitter rasmi, mereka mengesahkan perkara tersebut dan berharap agar orang ramai dapat bersabar sementara pihak teknikal sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Masalah teknikal tersebut bukan sahaja dialami oleh masyarakat di Malaysia, malah Indonesia juga turut mengalami perkara sama.

Ramai warganet mula tak puas hati

Ada di antara netizen yang berkongsi bahawa akaun mereka tiba-tiba automatik log keluar dari aplikasi Shopee.

Ada juga yang sudah buat pembayaran tetapi di dalam sistem katanya mereka masih tidak menjelaskan pembayaran. Aik, macam mana pula tu?


Setakat artikel ini ditulis, aplikasi Shopee masih mengalami gangguan teknikal. Harap-harapnya masalah tersebut dapa diselesaikan dengan segera.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd