Now Reading
Pemandu Wanita Didakwa Jadi Punca Konvoi Lamborghini Berhenti Tengah Jalan

Pemandu Wanita Didakwa Jadi Punca Konvoi Lamborghini Berhenti Tengah Jalan

Pemandu Ford Ranger berusia 28 tahun yang telah melanggar salah sebuah kereta konvoi Lamborghini kini ditahan polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila berada di jalan raya, macam-macam perangai yang kita boleh tengok. Ada yang jenis bawa kereta tak suka bagi signal, pandu melebihi had laju dan sebagainya.

Senang kata, memang kena banyak bersabar bila memandu terutamanya di kawasan bandar.

Sebelum ini, pernah tular di mana seorang pemandu kereta dengan selambanya memasuki lorong yang dikhaskan untuk penunggang motosikal.

BACA JUGA: Polis Siasat Pemandu Kereta Selamba Masuk Lorong Motosikal

Konvoi kereta mewah berhenti tengah jalan

Baru-baru ini, sekumpulan konvoi kereta mewah pula telah dikecam di media sosial selepas dilihat berhenti di tengah jalan dan menghalang laluan kenderaan lain berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan di Kulai, Johor.

@jagger.nut

Aku pon x paham ape makhluk mcm ni nak buat ape?

♬ Pulang – K-Clique

Rupa-rupanya, berlaku perselisihan faham antara konvoi tersebut dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sehingga telah menyebabkan perlanggaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow, kejadian pada kilometer 35 lebuh raya itu berlaku apabila pemandu Ford Ranger cuba untuk memotong konvoi Lamborghini secara zig-zag sebelum melanggar salah sebuah kereta.

Pemandu trak pikap ditahan

Laporan media memaklumkan wanita berusia 28 tahun yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut telah hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada jam 1.00 pagi hari ini.

Pemandu berkenaan akan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 Mac selepas perintah reman daripada Majistrest Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun serta denda maksimum RM15,000.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd