Now Reading
Pawang Dijemput Bagi Halau Hujan Ketika Acara MotoGP Indonesia

Pawang Dijemput Bagi Halau Hujan Ketika Acara MotoGP Indonesia

Pawang yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan dilihat membuat ritual bagi menghalau hujan ketika acara perlumbaan MotoGP.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular apabila Indonesia menggunakan khidmat pawang didakwa untuk menghalau hujan di Litar Mandalika, Lombok ketika acara perlumbaan GRAND Prix (GP) Indonesia.

Pawang yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan dilihat melakukan ritual tersebut apabila acara MotoGP yang sepatutnya berlangsung pada jam 3.00 petang terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

Sumber: CNN Indonesia

Ritual yang telah mendapat kebenaran daripada pihak bertugas dilakukan oleh Rara dengan memegang sebuah mangkuk sambil terkumat-kamit membaca sesuatu.

Ritual tersebut mendapat perhatian ramai selepas akaun rasmi MotoGP sendiri memuat naik aksi itu di laman Twitter milik mereka.

Fabio Quartararo yang merupakan salah satu pelumba di bawah kumpulan Monster Energy Yamaha turut meniru aksi Rara tersebut.

Sebelum ini, Rara difahamkan pernah melakukan ritual yang sama ketika pembukaan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Sumber: CNN Indonesia

Namun sebagai umat Islam, kita tidak boleh menggunakan khidmat dan kepercayaan seperti ini okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd