Now Reading
[Video] Netizen Terhibur Lelaki Cari Stesen Minyak, Tetapi Waze Bawa Pergi Pejabat Urusan Petron Pula

[Video] Netizen Terhibur Lelaki Cari Stesen Minyak, Tetapi Waze Bawa Pergi Pejabat Urusan Petron Pula

Siapa sangka, rupa-rupanya Waze bawa pergi pejabat urusan Petron. Bukannya stesen minyak!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman teknologi sekarang, pergilah mana-mana pun kita dah tak perlu risau jika tersesat kerana adanya aplikasi Waze.

Waze bukan sahaja boleh bawa kita ke mana-mana lokasi diingini, tetapi aplikasi ini juga akan menunjukkan anda jalan yang tidak sesak.

Cakap je nak pergi mana, mesti sampai punya! Yang penting kena letak lokasi yang betul, okay?

Sumber: Silver Mouse

Waze bawa pergi Petron lain

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia dikatakan kena ‘scam’ dengan Waze selepas membawanya ke lokasi yang tidak sepatutnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (CEO OF VANS), lelaki itu memberitahu bahawa dia baru sahaja tiba di Petron dengan berpandukan aplikasi Waze.

Namun bila sampai di lokasi, rupa-rupanya Waze bukannya bawa dia ke stesen minyak tetapi di pejabat urusan Petron.

Aduhai, memang geleng kepala.

Lebih ‘menyayat’ hati lagi adalah apabila minyak keretanya pula dah nak habis dan hanya cukup untuk perjalanan sejauh enam kilometer sahaja.

https://www.tiktok.com/@ayahchik__/video/7075645206661451035?_d=secCgYIASAHKAESPgo8t%2F9cqoJD9DHvk9FP7%2FPHSGyz98yYBUlhwJTtcomkN1WoYW6riVfV6n7htVwBTcxLM2GSj42FFlXyU421GgA%3D&_r=1&language=en&mid=7029877788337244955&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAa_hh6v7G2oCusF2n192FK6rrtp67ajV1mHThZtwputHJGlitL8ZaFUTGoHq8XHNJ&share_app_id=1180&share_item_id=7075645206661451035&share_link_id=3aa736de-9738-4e28-925c-59508719aa22&source=h5_t&timestamp=1647588676&u_code=dbg7j3706lab9c&ugbiz_name=Main&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy

Komen netizen boleh tahan kelakar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat apa yang terjadi kepada lelaki itu.

Ada juga netizen yang beri cadangan untuk menggunakan Google Maps berbanding Waze kerana katanya lebih tepat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd