Now Reading
[Video] Netizen Puji Lelaki India Tegur Sikap Umat Islam Ketika Ramadan

[Video] Netizen Puji Lelaki India Tegur Sikap Umat Islam Ketika Ramadan

Lelaki yang difahamkan beragama Hindu ini beri sedikit teguran kepada umat Islam ketika bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lebih kurang dua minggu lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh mulia. Pejam celik dah puasa balik.

Bila sebut Ramadan, mesti ramai yang terfikir tentang bazaar, terawih, nak buka puasa di buffet mana dan sebagainya.

Bukan umat Islam sahaja yang teruja dengan kehadiran bulan puasa, malah bangsa lain juga teruja kerana akan ada bazaar setiap hari.

BACA JUGA: Bazar Ramadan Seluruh Negara Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini

Teguran buat umat Islam

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (sabri_mamat) memuat naik satu video yang menarik perhatian orang ramai berkaitan Ramadan.

Yang uniknya, nasihat tentang Ramadan itu diberikan oleh seorang lelaki berbangsa India dikenali sebagai Dr. Bala.

Menurut lelaki itu, dia berpendapat sikap segelintir umat Islam yang sanggup menghabiskan duit seperti makan buffet sehingga mencecah ratusan ringgit tidak sepatutnya dilakukan.

Gila ke bayar RM100 untuk buffet buka puasa? Islam tak ajar macam ni rasanya. Waktu MCO tahun lepas ramai yang duduk rumah beribadah dan hanya berbuka apa yang kita ada. Itu Ramadan yang sepatutnya.

Dr. Bala

Ramai juga netizen yang setuju

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai netizen yang bersetuju dan memuji nasihat yang diberikan oleh lelaki itu walaupun dia bukan beragama Islam.


Mungkin kita sama-sama dapat muhasabah diri balik memandangkan bulan Ramadan pun tidak lama lagi.

Jom kita kita perbaiki diri bulan puasa tahun ini. 😊


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd