Now Reading
[Viral] Rakyat Malaysia Dilaporkan Hilang Sejak 2 Tahun Lalu Di Australia, Rayu Kerjasama Orang Ramai

[Viral] Rakyat Malaysia Dilaporkan Hilang Sejak 2 Tahun Lalu Di Australia, Rayu Kerjasama Orang Ramai

Lokasi terakhir Jacky Chong Kai Wong dikesan adalah di CBD Sydney dan Burwood pada tahun 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Kedutaan Besar Malaysia di Canberra, Australia melaporkan kehilangan seorang rakyat Malaysia bernama Jacky Chong Kai Wong sejak tahun 2020 yang lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang tinggal di Sydney, Australia kali terakhir berjaya dihubungi keluarganya di Malaysia adalah pada Isnin, 28 Disember 2020.

Sehingga kini, Jacky tidak dapat dikesan dan laporan tentang kehilangannnya itu dibuat kepada pihak berkuasa antarabangsa pada Ogos 2021.

Siasatan bagi mengesan Jacky setakat ini masih tidak berjaya dan pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat sekiranya mempunyai sebarang berita tentang keberadaannya.

Ciri-ciri Jacky untuk dikenal pasti

Jacky boleh dikenal pasti dengan beberapa ciri seperti berikut:

  • Berwajah Asia.
  • Berketinggian 175 cm.
  • Badan berbentuk sederhana.
  • Rambut pendek berwarna hitam.
  • Memakai cermin mata.

Lokasi terakhir diketahui adalah di sekitar kawasan CBD Sydney dan Burwood.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang Jacky digesa untuk menghubungi Crime Stoppers di talian 1800 333 000 atau https://nsw.crimestoppers.com.au.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melaporkan maklumat melalui laman media sosial Polis New South Wales (NSW).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd