Now Reading
“Kalau Aku Mati, Tolong Jaga Nina & Musa. Aku Mohon…” – Noh Salleh

“Kalau Aku Mati, Tolong Jaga Nina & Musa. Aku Mohon…” – Noh Salleh

Pada 15 Mac lalu, vokalis kumpulan Hujan ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 sebagai seorang suami dan seorang bapa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 3 Mac lalu pasangan Mizz Nina dan Noh Salleh telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Musa.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram (officialmizznina), dia dan Noh membuat keputusan untuk mengambil anak kecil ini sebagai mahramnya.

Assalammualaikum, Little Musa.


Noh Salleh, 37 Tahun.

Pada 15 Mac lalu, vokalis kumpulan Hujan ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 sebagai seorang suami dan seorang bapa.

Mizz Nina juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan istimewa buat suami tercinta menerusi hantaran di Instagram.

“March 15th was bapak Musa’s special day, May Allah bless you with a heart that is sound filled with iman & taqwa, May you be the best father and a good role model and live and a life that is content with success in dunya & Akhirah till Jannah, Aameen,” tulis Nina.


Penulisan Ucapan Terima Kasih Dari Noh Salleh Undang Sebak.

Semakin meningkat umur, semakin jauh cara berfikir.

Perkara itu juga dilihat berlaku kepada Noh Salleh apabila hantaran ucapan terima kasih di Facebook di atas setiap mesej ulang tahun yang diterimanya mengundang sebak.

Noh kini dilihat lebih banyak berfikir tentang kematian.

Malah, dia menerusi hantaran tersebut berharap supaya kehadirannya di dunia ini lebih banyak memberikan manfaat berbanding kehancuran kepada orang lain.

Tersentuh hati kami baca.

Alhamdulillah. Dapat hidup sampai hari ini. Terima kasih semua. Buat kalian, kaum keluarga sanak saudara, sahabat kawan, kalian yang mengenali saya, bala keluarga besar Raingers Riot Kidz Hikari, aku sayangkan semua. Semoga wujudnya saya selama 37 tahu ini membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Semoga wujudnya saya didunia ini selama ini mendatangkan lebih banyak memori yang manis dan bermakna kepada semua yang bertembung berkenalan secara langsung dan tidak langsung. Semoga lahirnya saya daripada kandungan ibu saya, sedikit sebanyak membuatkan dunia ini lebih indah daripada kehancuran. Saya manusia biasa yang tidak akan jauh dari melakukan dosa dan kesalahan. Saya tahu saya banyak menyakitkan hati ramai orang tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk tidak. Mohon maafkan semua cacat cela saya akhlak lisan kelakuan saya.

Noh Salleh.

Bukan setakat itu sahaja, Noh turut menjelaskan “Walaupun saya selalu lafazkan ungkapan ‘live forever’ tapi realitinya setiap hari saya fikirkan kematian saya. Terlalu banyak kekecewaan dan penyesalan yang saya go thru dalam 37 tahun ini.

“Tapi yang pasti, selama 37 tahun ini saya dibimbing oleh Tuhan sepenuhnya dan dikelilingi oleh orang orang yang baik hati dan penyayang seperti anda semua.”

Apa yang lebih menyedihkan serta menyentuh hati orang ramai adalah pengakhiran ayat dalam hantaran tersebut.

Kalau aku tiba-tiba mati dalam masa terdekat ni, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohon.

Noh Salleh.
Noh Salleh.

37 tahun pada 15 Mac 2022. Seorang suami dan bapa.


Selamat Ulang Tahun Ke-37, Noh.

Kami dari TRP mendoakan kesejahteraan Noh dan keluarga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berbahagia di samping Nina dan Musa.

Ameen YRA.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd