Now Reading
[Video] Konvoi Motosikal Pelajar Baru Habis SPM Dikejar Polis

[Video] Konvoi Motosikal Pelajar Baru Habis SPM Dikejar Polis

Polis kini sedang menyiasat sekumpulan konvoi motosikal didakwa disertai oleh pelajar lelaki yang baru sahaja tamat SPM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Momen waktu habis menjawab kertas ujian terakhir bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah detik yang paling tidak dapat dilupakan sebab itu tandanya seseorang sudah tamat persekolahan dan bakal memasuki alam baharu.

Waktu itu memang seronok sangat sebab dah habis sekolah tetapi sedih juga bila teringat kembali kenangan bersama rakan sekelas.

Disebabkan mungkin kali terakhir berkumpul dengan rakan-rakan sekolah, ada yang mengambil peluang untuk mencipta kenangan buat kali terakhir.

Sumber: xtra

Konvoi di depan, polis di belakang

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok (AkuBudakKluang), sekumpulan konvoi motosikal dibawa oleh pelajar lelaki yang difahamkan baru selesai SPM telah dikejar oleh pihak polis.

Kelam kabut semua, siap ada yang sempat melarikan diri dengan mengambil selekoh jalan lain.

https://www.tiktok.com/@akubudakkluang/video/7074965534617455899?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tunggu ‘surat cinta’ sampai di rumah

Macam-macam komen netizen bila mereka tengok video gelagat pelajar yang baru merasai kebebasan selepas tamat persekolahan.


Polis sedang buat siasatan

Menurut laporan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani memaklumkan sekumpulan penunggang motosikal itu menunggang secara melulu dan membahayakan di Jalan Lingkaran Tengah, Kluang, Johor.

Pihak polis sudah mengenal pasti beberapa individu dan akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna yang lain terjamin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd