Now Reading
[Video] Kak Long 7E Buat Hal Lagi. Kali Ini Didakwa ‘Berlakon’ OKU Pula

[Video] Kak Long 7E Buat Hal Lagi. Kali Ini Didakwa ‘Berlakon’ OKU Pula

Kak Long beritahu yang dia tak sangka video gurauan itu mengguris golongan OKU.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kak Long atau nama sebenar Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai selepas dia dikatakan seolah-olah berlakon seperti Orang Kurang Upaya (OKU).

Sebelum ini, Kak Long pernah dikecam oleh netizen gara-gara mengamuk di sebuah kedai serbaneka selepas anaknya dituduh mencuri.

Tidak lama selepas kejadian itu, Kak Long datang semula ke kedai tersebut untuk meminta maaf kepada pihak yang terlibat.

BACA JUGA: [Video] Selepas Amuk Anak Dituduh Mencuri, Si Ibu Tampil Minta Maaf & Menangis

Macam ejek OKU

Menerusi satu video yang dimuat naik, Kak Long telah mengundang kemarahan netizen apabila caranya berjalan dan membuat mulut senget seakan-akan mengejek OKU.

Ramai netizen beranggapan Kak Long ini seperti tidak serik-serik mencetuskan kontroversi di media sosial.

Kak Long minta maaf

Selepas video yang dianggap gurauan itu mendapat kecaman netizen, Kak Long tampil membuat permohonan maaf apabila perbuatannya telah mengguris hati beberapa pihak terutamanya golongan OKU.

Video live saya hanya untuk bergurau sahaja. Demi Allah saya tak hina dan ejek orang OKU.

Wan Nor Baizura.

Ada benda yang kita boleh bergurau, ada yang tidak. Mungkin bagi kita benda itu biasa sahaja, tetapi boleh melukakan hati sesetengah pihak tanpa kita sedar.

Nasihat kami, berpada-padalah dalam percakapan dan gurauan, okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd