Now Reading
Netizen Persoal Stesen TV Ambil ‘Kak Long 7E’ Sebagai Tetamu Jemputan

Netizen Persoal Stesen TV Ambil ‘Kak Long 7E’ Sebagai Tetamu Jemputan

Kak Long 7E atau nama sebenar Wan Nor Baizura telah dijemput menyertai satu siaran televisyen di syarikat penyiaran terkenal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, wanita bernama Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Long’ tular di media sosial selepas memuat naik video Facebook Live ketika anaknya dituduh mencuri di sebuah kedai serbaneka.

Ramai juga yang mengecam tindakan wanita itu yang dilihat tidak mampu mengawal emosinya kepada pekerja kedai serbaneka berkenaan.

Tidak lama selepas kejadian itu, Kak Long datang semula ke kedai tersebut untuk meminta maaf kepada pihak yang terlibat.

BACA JUGA: [Video] Selepas Amuk Anak Dituduh Mencuri, Si Ibu Tampil Minta Maaf & Menangis

Dijemput jadi tetamu rancangan TV pula?

Baru-baru ini, seorang personaliti TV memuat naik gambar bersama Kak Long dengan kapsyen seolah-olah memberi ‘clue’ kepada orang ramai untuk meneka sikap sebenar wanita viral tersebut dalam suatu rancangan televisyen yang bakal disiarkan.

Namun, tindakan syarikat televsiyen berkenaan menjemput wanita viral itu dipersoalkan oleh netizen kerana beranggapan pihak mereka hanya ingin meraih populariti di sebalik kejadian viral melibatkan wanita tersebut.

Salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis iaitu Dr Ustaz Rozaimi Ramlee turut meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan tetamu jemputan stesen televisyen tersebut.

Tetapi lain pula reaksi dari seorang netizen ini yang beranggapan orang ramai tidak boleh menghentam rancangan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu intipati yang ingin disampaikan.

Walau bagaimanapun, posting yang dimuat naik di Facebook itu telah dipadam oleh pemiliknya selepas mendapat kecaman daripada netizen.


Kita anggaplah syarikat penyiaran itu sudah buat yang terbaik dan mungkin ada mesej ‘plot twist’ yang ingin disampaikan kepada orang ramai meskipun tetamu yang dijemput kurang mendapat sokongan orang ramai.

Kita tunggu dan lihat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd