Now Reading
[Video] Lelaki Curi Kereta Sanggup Langgar Gerai Sebab Nak Elak Dikejar Polis

[Video] Lelaki Curi Kereta Sanggup Langgar Gerai Sebab Nak Elak Dikejar Polis

Habis semua gerai dan kereta tepi jalan dilanggar suspek yang memandu kereta curi itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki disyaki memandu kereta Toyota Harrier yang dicurinya telah melanggar beberapa gerai di tepi jalan berdekatan Jalan Ayer Embun, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku pada jam 12.15 tengah malam pada Ahad (13 Mac) bermula apabila pasukan anggota polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan Taman Tasik Titiwangsa.

Gara-gara keadaan kereta Toyota Harrier berwarna putih yang diparkir dalam keadaan mencurigakan berhampiran Jalan Kuantan, anggota polis bertindak untuk membuat pemeriksaan ke atasnya.

Namun, pihak polis hanya sempat memperkenalkan diri sebelum pemandu itu melarikan diri dengan memandu secara agresif dan membahayakan.

Habis dilanggar semua kereta dan gerai

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (Muhd Danial Syafiq), keadaan ketika kejadian agak kecoh apabila suspek telah melanggar beberapa gerai dan kenderaan lain sehingga remuk.

Semuanya gara-gara ingin melarikan di dari dikejar pihak polis.

https://www.tiktok.com/@muhddanialsyafiq_/video/7074415930964561178?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Akhirnya, ditangkap!

Anggota polis terus mengekori suspek sehingga kenderaan tersebut berhenti di Jalan Ayer Embun berhampiran Masjid Ibnu Sina Titiwangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, suspek berjaya ditahan tetapi seorang lagi rakannya telah melarikan diri.

Kami membuat semakan ke atas kenderaan terbabit dan mendapati kereta yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu serta pernah dilaporkan hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau ini akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 untuk tindakan selanjutnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd