Now Reading
[Video] Gadis Selamba Makan Isi Ikan Mentah Buat Ramai Netizen Risau

[Video] Gadis Selamba Makan Isi Ikan Mentah Buat Ramai Netizen Risau

Selamba je gadis ini makan isi ikan mentah tanpa rasa geli atau nak termuntah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak korang dengar kombinasi makanan yang pelik-pelik? Contohnya seperti makan maggi dengan serbuk milo, durian dicicah sambal dan banyak lagi.

Percaya tak walaupun kedengaran pelik, tapi ada yang suka dengan kombinasi makanan tersebut. Tak boleh nak kata apalah sebab setiap orang lain-lain tekaknya, betul tak?

BACA JUGA: 7 Unique And Exotic Foods That Can Be Found In Malaysia

Biar betul makan isi ikan mentah?

Menerusi perkongsian dimuat naik di TikTok (Fiqhrul Annuar), lelaki berkenaan menunjukkan tabiat ‘pelik’ oleh kekasihnya yang dilihat selamba memakan isi ikan mentah daripada sebuah plastik.

Dia makan macam itu je, tak ada rasa geli atau nak termuntah langsung.

Berdasarkan kapsyen video itu, lelaki tersebut dalam nada bergurau meragui sama ada kekasihnya manusia atau bukan memandangkan tabiat pemakanan itu agak jarang dijumpai.

https://www.tiktok.com/@fiqhrulannuar_/video/7074042676471008538?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Netizen siap suruh bawa jumpa ustaz

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang agak risau bila tengok cara pemakanan gadis itu yang dianggap tidak elok untuk kesihatan.

Siap ada suruh bawa gadis itu berjumpa dengan ustaz sebab takut ada ‘benda’ dalam badannya.

Ini penjelasan sebenar

Lelaki berkenaan memberi penjelasan yang kekasihnya itu memang suka makan ikan tuna mentah kerana katanya rasa seperti sushi.

Dia juga memberitahu bahawa gadis itu tidak membela saka seperti mana yang dikatakan oleh beberapa netizen.

Gadis di dalam video itu turut memberikan penjelasan sebenar dan akan mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku.


Tak salah kalau apa yang nak dimakan kena dengan tekak masing-masing, yang penting bersih dan tidak memudaratkan kesihatan badan.

Jap satu lagi nak pesan.

Media sosial memang tempat kita bebas berkongsi apa-apa yang perkara yang diingini, tetapi mungkin ada sesetengahnya kita tak perlu tunjuk kepada orang ramai bagi mengelakkan fitnah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd