Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Terkena Renjatan Elektrik Ketika Guna Water Heater

Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Terkena Renjatan Elektrik Ketika Guna Water Heater

Tragedi di Cameron Highlands baru-baru ini telah ‘memanggil’ seorang juruelektrik untuk berkongsi perkara yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk selamat ketika menggunakan shower heater.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sepasang suami isteri ditemui maut dalam bilik air di Taman Puncak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands pada Khamis, 17 Mac lalu.

Kedua-dua mangsa dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik dari pemanas air (water heater) di dalam bilik air tersebut. Menurut Sinar Daily, salah satu mangsa iaitu si suami berusia 46 tahun terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi.

Oleh itu, mangsa kedua iaitu isterinya memeriksa si suami apabila dia mendengar jeritan.

Malangnya, kedua-dua mereka turut terkena renjatan elektrik ketika cuba menyelamatkan suaminya dengan menggunakan sebatang kayu dan meninggal dunia.

Mereka meninggalkan dua orang anak berusia antara 2 hingga 10 tahun.

Sehubungan dengan tragedi berkenaan, seorang juruelektrik bernama Mohamad Arif (@arepkasim) berkongsi beberapa tips di Twitter untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bagi setiap rumah yang menggunakan water heater, Arif berkata butang Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) berhampiran pemanas air perlu ditekan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan ia menghalang litar dan kebocoran arus.

Ini kerana menurutnya kejap terjadi suis ELCB tidak berfungsi sekaligus menyebabkan arus elektrik masih mengalir dan ‘bocor’. Sepatutnya, litar harus terputus apabila ELCB dihidupkan.

Dia juga menasihatkan orang ramai supaya menekan suis ELCB pada kotak fius di rumah setiap bulan atau dua minggu sekali untuk memastikan ia masih berfungsi dengan baik.

Arif turut menyertakan video untuk menunjukkan cara menyemak kedua-dua suis ELCB ini:

Arif pada masa yang sama turut menjelaskan bagaimana pasangan itu mungkin terkena renjatan elektrik oleh water heater berkenaan.

Katanya, air itu dipanaskan oleh unsur pemanas kuprum dan ia boleh mengalirkan elektrik.

Seseorang akan terkena renjatan elektrik jika litar tidak ‘trip’ apabila arus elektrik bocor dari elemen pemanas ke air.

Netizen turut dilihat berkongsikan pengalaman sendiri dan saling menasihati atas tujuan membantu orang lain juga.

Seorang netizen menegaskan bahawa tidak semua model water heater dilabelkan dengan cara yang sama. Selain daripada ELCB, ia dilabelkan Residual Current Device (RCD) dan ia berfungsi sama seperti ELCB.

Jika anda masih tidak pasti cara menyemak, anda disarankan untuk menghubungi juruelektrik yang berkelayakan untuk membantu anda memastikan semuanya teratur.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd