Now Reading
Pelanggan KFC Kecewa, Pesan Potato Wedges Tapi Dapat Bebola Bijan

Pelanggan KFC Kecewa, Pesan Potato Wedges Tapi Dapat Bebola Bijan

KFC hanya bagi nota ringkas untuk memaklumkan kepada pelanggan yang mereka terpaksa menukar menu kerana tiada bekalan kentang mencukupi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kekurangan kentang di dunia semakin dirasai oleh pelanggan di Malaysia apabila mereka memesan menu kegemaran mereka di restoran makanan segera.

BACA JUGA: McD Faces French Fry Shortage, Will Stop Selling Large Meals In Jan

Seorang netizen baru-baru ini merungut tentang sebuah restoran makanan segera KFC selepas terus menjual barangan makanan yang tidak ada atau kehabisan stok kerana kekurangan kentang.

Pelanggan itu dipercayai memesan nugget bersama beberapa potato wedges daripada aplikasi Foodpanda.

Memandangkan tiada potato wedges, KFC menggantikannya dengan beberapa bebola bijan yang disertakan dengan nota tulisan tangan untuk menjelaskan tentang pertukaran makanan itu.

Rupa-rupanya, pelanggan itu telah memesan hidangan yang sama sebanyak tiga kali dan masih menerima bebola bijan.

Kentang dan wedges habis stok di semua KFC. Maaf. Kami tukar dengan Black Sesame Ball. Lain kali boleh pilih mashed potato atau nugget.

Nota dari KFC.

Bukan itu sahaja, pelanggan itu juga pernah kecewa apabila pesanan ayam mereka digantikan dengan roti.

Pelanggan tersebut berkata jika tiada stok, KFC sepatutnya tidak menyenaraikan pilihan makanan dalam aplikasi.

Mereka cuba melaporkan dalam aplikasi tetapi tidak menerima sebarang maklum balas dan menunjukkan cawangan KFC lain tidak menyenaraikan makanan yang tidak tersedia.

Mereka juga mempersoalkan mengapa tidak diberi lebih nuget ayam berbanding bebola bijan.

Ramai bersimpati dengan nasib netizen lain yang terpaksa melalui pengalaman buruk ketika memesan makanan melalui aplikasi berkenaan dan bersetuju KFC tidak seharusnya menyenaraikan menu jika tiada bekalan.

Seorang pelanggan berpendapat orang ramai patut memboikot syarikat makanan itu kerana tiada bekalan ayam. Ada juga yang memberi cadangan supaya KFC buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini memandangkan hampir berbulan-bulan kekurangan stok kentang.

Ada juga netizen yang agak ‘geli’ bila terfikir bahawa bebola bijan itu akan dicicah dengan sos tomato dan mayonis.

Salah seorang daripada mereka turut berkongsi pengalaman yang sama apabila ingin membeli ayam. Hanya ayam bahagian kepak sahaja yang tinggal pada waktu pagi dan jam pukul 12 malam, bahagian ayam lagi katanya sudah tiada.

Harapnya KFC dapat selesaikan masalah senarai menu dalam aplikasi penghantaran makanan bagi mengelakkan pelanggan lain kecewa dengan pesanan makanan mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd