Now Reading
[Video] Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar Pagi Tadi

[Video] Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar Pagi Tadi

Eskalator yang menghubungkan Intermark Mall dan LRT Ampang Park dipercayai terbakar akibat litar pintas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Orang ramai yang melalui Jalan Ampang terkejut apabila eskalator menghubungkan Intermark Mall dan LRT Ampang Park terbakar hari ini (7 Mac 2022).

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian awal pagi itu yang sempat dirakam dalam satu video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan dua jentera bomba dari Balai Bomba Setiawangsa telah tiba ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 5.16 pagi.

Setakat ini, kami mengesyaki kebakaran berpunca daripada litar pintas di suis kotak kawalan. Namun, siasatan lanjut tentang punca sebenar masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Pihak pengurusan juga telah menutup operasi eskalator buat sementara waktu untuk kegunaan orang awam bagi langkah keselamatan.

Pelik, macam mana boleh terbakar?

Kejadian kebakaran jam 5.00 pagi itu mencetuskan pelbagai spekulasi dari netizen.

Disifatkan sebagai tragis, netizen beranggapan boleh jadi kebakaran itu dilakukan dengan sengaja oleh mana-mana pihak. Mereka juga tidak percaya bahawa eskalator itu boleh terbakar dengan sendirinya.

Susulan video kebakaran yang dikongsi oleh netizen, ramai yang terpaksa mengubah arah perjalanan mereka.

Kebakaran eskalator jarang berlaku. Tetapi pada Julai 2019, eskalator di Genting Highlands turut terbakar. Namun, tiada kecederaan dilaporkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd