Now Reading
TGV Mohon Maaf Ulang Tayangan The Batman Akibat Pelanggan Lambat, Kini Tawar 2 Tiket Percuma

TGV Mohon Maaf Ulang Tayangan The Batman Akibat Pelanggan Lambat, Kini Tawar 2 Tiket Percuma

Pihak TGV menawarkan dua tiket percuma atau bayaran semula kepada penonton ‘The Batman’ yang terjejas di Vivacity Megamall, Sarawak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Peminat Batman di luar sana mesti tak sabar nak tengok filem aksi ini selepas ianya sudah mula ditayangkan di pawagam di Malaysia sejak 3 Mac lalu.

Untuk yang dah tempah tiket bagi menonton filem ini, mesti akan rasa teruja kerana akhirnya ‘hero’ yang dinanti-nantikan sudah tiba!

Tetapi baru-baru ini, keterujaan tersebut bertukar kekecewaan bagi beberapa orang penonton selepas berlakunya satu insiden yang menjejaskan penggemar filem The Batman.

Ulang semula tayangan selepas 45 minit

Seorang pengguna Facebook (Fazillah Raduan) yang merupakan penonton ‘The Batman’ di TGV Vivacity Megamall, Sarawak meluahkan rasa kecewa selepas filem tersebut terpaksa diulang semula tayangan kerana dikatakan ada individu datang lewat.

Ketika kejadian, pekerja TGV membuat satu pengumuman bahawa filem yang berdurasi 178 minit itu terpaksa ditayangkan semula selepas 45 minit disiarkan.

Sebagai penonton, mesti ramai yang tidak puas hati dan menganggap perkara seperti itu tidak adil untuk mereka yang sudah tiba terlebih dahulu.

Ramai tak puas hati

Selepas insiden tersebut, ramai yang mengecam syarikat pawagam terkenal itu kerana seolah-olah tidak bersikap adil dengan penonton yang lain.

Ramai juga yang nak tahu gerangan ‘VIP’ yang datang lewat itu.

Namun, salah seorang penonton yang berada di tempat kejadian memaklumkan mungkin ada masalah komunikasi dan menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

TGV tampil mohon maaf

Selepas insiden berkenaan, pihak TGV memohon maaf kepada para penonton yang terjejas dengan isu tayangan filem tersebut pada 5 Mac jam 7.15 malam.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial, pihak TGV memaklumkan kesilapan waktu tayangan bagi filem itu adalah tidak selari dengan SOP yang ditetapkan.

Bagi menebus kesilapan itu, TGV menawarkan dua tiket percuma atau bayaran balik secara penuh kepada penonton yang terjejas. Mereka perlu menghantar bukti pembelian tiket kepada e-mel feedback@tgv.com.my.

Buat masa ini, insiden tersebut masih dalam siasatan.

Kami memang tak layan orang yang datang lewat. Buat masa sekarang, pihak kami masih lagi menjalankan siasatan sekiranya terdapat masalah teknikal atau salah faham dalam komunikasi.

Wakil TGV berkata kepada Malay Mail.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd