Now Reading
Facebook Portal Public Health Malaysia Dikecam Kononnya Buat Promosi AJL

Facebook Portal Public Health Malaysia Dikecam Kononnya Buat Promosi AJL

Di ruangan komen hantaran Facebook Public Health Malaysia kini dibanjiri kritikan netizen yang mungkin tidak tahu bahawa portal ini turut membincangkan tentang isu kesihatan mental.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Portal Public Health Malaysia dikecam disebabkan AJL? Apa terjadi sebenarnya?

Umum sedia maklum, semalam Ahad (6 Mac) telah berlangsungnya kemuncak anugerah muzik berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Kalau anda merupakan salah seorang penonton semalam, mesti anda tahu siapakah gerangan pemenang juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 kali ini kan?

Lagu berjudul Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagi (AJL) yang ke-36.

Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu sekali gus melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.

BACA LANJUT: Pelukan Angkasa Nyanyian SOG & Shila Amzah Muncul Juara AJL36

Tahniah! 🙂


Portal Public Health Malaysia dikecam gara-gara hantaran AJL?

Sekitar 12 jam lalu, portal Public Health Malaysia di Facebook menerusi satu hantaran screenshot yang diambil dari Twitter menjelaskan bahawa penyanyi lagu Pelukan Angkasa iaitu SOG dan Shila Amzah memiliki ‘rahsia’ atau ‘cerita’ di sebalik kemenangan mereka.

Malah, Marsha Milan juga dikatakan sudah 16 tahun berada di pentas berprestij dan baru sahaja diumumkan sebagai naib juara AJL.


Netizen persoal kenapa kena muat naik tentang hiburan?

Hantaran tersebut walau bagaimanapun telah disalah anggap oleh beberapa pihak. Mungkin mereka tidak dapat melihat jika dari segi mental, hantaran tersebut sememangnya mempunyai mesej tersurat dan tersirat yang perlu difahami.

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)/Facebook
Sumber: Public Health Malaysia (PHM)/Facebook

Mengikut kefahaman kami dan juga beberapa netizen lain, mesej yang ingin disampaikan adalah setiap orang mempunyai jalan serta timeline mereka sendiri yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa.

Walaupun pelbagai halangan serta rintangan yang muncul, jika rezeki itu sudah tertulis, sudah pasti akan menjadi milik mereka.

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)/Facebook

Admin kepada page PHM juga tampil berkias di ruangan komen dengan mengatakan pengikut yang ‘otai’ mesti faham apa yang mereka cuba sampaikan.

P/S: Kesihatan dan pengetahuan tentang mental juga penting, ya.

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)/Facebook

Untuk rekod, Public Health Malaysia adalah platform untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam serta menfokuskan kepada pencegahan, perlindungan, promosi kesihatan kepada cara hidup sikar kepada komuniti.

Tapi jangan bertukar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Public Health Malaysia (PHM) pula, okay?


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd