“Bukan Sebab VIP” – TGV Perjelas Isu Tular Tentang Ulang Tayang The Batman
Bagi menebus kesilapan itu, TGV turut menawarkan dua tiket percuma atau bayaran balik secara penuh kepada penonton yang terjejas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, baru-baru ini seorang pengguna Facebook (Fazillah Raduan) yang merupakan penonton ‘The Batman’ di TGV Vivacity Megamall, Sarawak meluahkan rasa kecewa selepas filem tersebut terpaksa diulang semula tayangan selepas terdapat individu didakwa hadir lewat.
Ketika kejadian, pekerja TGV membuat satu pengumuman bahawa filem yang berdurasi 178 minit itu terpaksa ditayangkan semula selepas 45 minit disiarkan.
Perkara itu pastinya menimbulkan rasa ketidakpuasan hati orang ramai.
BACA LANJUT: TGV Mohon Maaf Ulang Tayangan The Batman Akibat Pelanggan Lambat, Kini Tawar 2 Tiket Percuma
TGV Tampil Perjelas Isu Tular
Pihak TGV menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook kira-kira setengah jam lalu menjelaskan bahawa kejadian yang berlaku di TGV Vivacity pada 5 Mac, jam 7.15pm itu adalah disebabkan masalah teknikal di dalam hall IMAX.
Pihak TGV menjelaskan ianya bukan disebabkan kelewatan golongan VIP seperti yang didakwa di media sosial.
TGV dalam masa yang sama menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa melayan pelanggan secara sama rata dan diberikan keutamaan tertinggi.
Di bawah merupakan penjelasan/kronologi yang dikeluarkan oleh pihak TGV ketika berlakunya insiden tersebut:
- Show pada waktu pagi dan petang dalam hall IMAX pada hari yang sama juga ditangguhkan oleh kerana isu teknikal.
- Team kami bertindak pantas untuk menyelesaikan isu teknikal dan sesi petang 7:15 malam dapat bermula tepat pada masanya.
- Walau bagaimanapun disebabkan masalah komunikasi, beberapa kakitangan di pintu masuk menganggap bahawa show pada jam 7.15pm juga akan ditangguhkan. Ketika itu, lebih kurang 20% pelanggan telah pun memasuki dewan, sementara 80% selebihnya masih menunggu di ruang legar dan memasuki dewan selepas tayangan filem itu bermula.
TGV juga menegaskan bahawa pihak mereka juga akan memastikan kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi.
Sebagai tanda maaf, semua pelanggan yang terjejas akan diberikan bayaran balik penuh dan tambahan dua tiket wayang percuma. Sekali lagi, kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa keputusan untuk memulakan semula filem itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana ketibaan lewat VIP, dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Kenyataan rasmi oleh pihak TGV.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.