Now Reading
TLDR; Kematian Pelakon Thailand, Tangmo Nida Timbul Spekulasi. Apa Yang Berlaku?

TLDR; Kematian Pelakon Thailand, Tangmo Nida Timbul Spekulasi. Apa Yang Berlaku?

Tangmo Nida dikatakan terjatuh dan lemas di dalam sungai ketika dia ingin membuang air kecil di bahagian belakang bot laju yang dinaiki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Media sosial kini sedang kecoh tentang kematian seorang pelakon Thailand iaitu Tangmo Nida atau nama sebenar Nida Patcharaveerapong yang berusia 37 tahun.

Menurut laporan, Tangmo Nida ditemui mati lemas selepas dikatakan tergelincir dan terjatuh dari bahagian belakang sebuah bot laju ketika berada di Sungai Chao Phraya, Bangkok, Thailand.

Namun, kematian pelakon bertaraf bintang itu menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi orang ramai seolah-olah wujud ‘konspirasi’ jahat di sebalik perkara malang tersebut.

Siapa Tangmo Nida?

Sumber: Instagram @melonp.official

Tangmo Nida adalah seorang pelakon, penyanyi dan model di Thailand.

Dalam kerjaya sebagai pelakon, dia kerap mendapat tawaran berlakon sebagai watak utama dalam Channel 7. Selain itu, Tangmo juga telah menghasilkan lima buah album ketika bergelar penyanyi.

Di media sosial pula, ramai juga yang mengenalinya kerana mempunyai hampir dua juta pengikut di media sosial.

Dikatakan terjatuh dan lemas di dalam sungai

Sumber: Bangkok Post

Sebelum kejadian malang menimpa, Tangmo Nida dikatakan bersama dengan lima orang rakan termasuklah pengurusnya bernama Kratik sedang menuju ke Jambatan Rama VII di Nothaburi dengan menaiki sebuah bot laju untuk menjamu selera.

Namun, Tangmo dikatakan terjatuh dan lemas di dalam sungai ketika dia ingin membuang air kecil di bahagian belakang bot laju tersebut pada jam 11 malam hari Khamis (24 Februari).

Selepas 38 jam pasukan penyelamat melakukan operasi pencarian, akhirnya mayat Tangmo ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sumber: Thaiger

Mayat Tangmo kemudiannya dibawa untuk bedah siasat dan pakar forensik menemui luka besar pada kaki dipercayai terkena kipas bot laju berkenaan.

Kol Pol Naphat Natthasumon dari Institut Perubatan Forensik di Hospital Besar Polis turut mengesahkan bahawa Tangmo mati lemas kerana terdapat lumpur dalam paru-parunya.

Ibu mangsa pelik dengan apa yang berlaku

Ibu kepada Tangmo iaitu Panida Sirayutthayothin pula syak seperti ada ‘sesuatu’ yang disembunyikan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Pattay Mail

Panida mendakwa seperti berlakunya salah faham antara mangsa dan rakan-rakannya yang berada di dalam bot berkenaan kerana foto yang tersebar menunjukkan wajah Tangmo seperti sedang bersedih.

Bukan itu sahaja, Panida juga agak pelik bagaimana anaknya boleh lemas sedangkan dia pandai berenang.

Saksi kejadian dipanggil polis untuk siasatan

Kesemua penumpang yang berada di dalam bot yang sama ketika kejadian dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Antara yang dipanggil adalah seperti berikut:

  • Pengurus Tangmo Nida, Kratik.
  • Pemilik bot, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit.
  • Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat.
  • Wisapat ‘Pasir’ Manomairat.
  • Nitas ‘Job’ Kiratissoothisathorn.
  • Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun.
Sumber: News Beezer

Bangkok Post melaporkan kesemua saksi telah didakwa selepas memberi keterangan palsu kepada pihak polis berhubung kejadian.

Pemilik bot dan Robert telah pun didakwa atas kesalahan mengendalikan bot tanpa lesen dan menyebabkan kecuaian yang membawa kepada kematian.

Ketika dipanggil untuk lakonan semula, Robert yang memandu bot tersebut satu-satunya saksi yang tidak menghadirkan diri dengan alasan sedang mengalami tekanan darah tinggi.

Sumber: Bangkok Post

Sehingga kini, pihak polis memberitahu bahawa kelima-lima orang rakan Tangmo hanya bergelar saksi dan tidak disabitkan bersalah kerana siasatan terperinci masih dijalankan.

Walaupun kejadian sudah hampir satu minggu berlaku, tetapi siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar. Harapnya kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd