Now Reading
Scammer ‘Upgrade’ Taktik Guna E-mel Untuk Isi e-Filing Pula. Hati-hati Semua!

Scammer ‘Upgrade’ Taktik Guna E-mel Untuk Isi e-Filing Pula. Hati-hati Semua!

Bila dilihat dengan teliti, rupa-rupanya pautan yang diberi oleh scammer itu dicipta menggunakan Weebly.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Daripada dulu sampai sekarang, jenayah penipuan di Malaysia ini masih tidak berhenti walaupun pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membanterasnya.

Ada sahaja taktik yang digunakan untuk menyeleweng wang dan maklumat peribadi orang ramai.

Sebelum ini, taktik baharu mereka adalah dengan menggunakan nombor telefon pejabat yang bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BACA JUGA: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Taktik konon untuk isi e-filing

Sekarang ini pula ramai yang tengah sibuk untuk isi e-Filing untuk tahun taksiran 2021 sebelum tarikh tutup pada 30 April 2022.

Jadi, scammer mengambil peluang ini untuk cipta taktik baharu iaitu dengan menghantar e-mel berkaitan pengisian e-Filing.

Berdasarkan pengalaman oleh seorang pengguna Twitter (Che’Pah) ini, dia menerima satu e-mel memintanya untuk mengisi butiran maklumat di pautan yang diberi bagi mengaktifkan akaun e-mel yang dinaik taraf.

Kantoi pakai Weebly

Bila dilihat dengan teliti, rupa-rupanya pautan yang diberi oleh scammer itu dicipta menggunakan Weebly.

Pautan yang dibuat melalui Weebly hanya bersifat sementara dan boleh dipadam selepas data diterima.

Semak dahulu dengan LHDN

Memang bahaya kalau maklumat kita ‘jatuh’ pada tangan orang yang salah. Walau apa taktik sekali pun yang scammer guna, anda jangan mudah terpedaya.

Semak dulu dengan pihak berwajib untuk dapatkan pengesahan atau boleh lihat antara senarai penipuan yang disenaraikan oleh LHDN di laman web rasmi mereka di sini.

BACA JUGA: “It’s A Scam” Beware Of Calls From Unknown Numbers With Music In The Background


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd