Now Reading
[Video] Selepas Amuk Anak Dituduh Mencuri, Si Ibu Tampil Minta Maaf & Menangis

[Video] Selepas Amuk Anak Dituduh Mencuri, Si Ibu Tampil Minta Maaf & Menangis

Selepas viral video mengamuk, wanita tampil memohon maaf kepada pekerja kedai serbaneka itu.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, viral tentang video seorang wanita mengamuk selepas anak lelakinya dituduh mencuri oleh pekerja di kedai serbaneka.

Ketika kejadian, wanita itu sempat membuat Facebook Live dan ditonton oleh ramai pengguna media sosial yang lain.

Boleh dikatakan ramai juga yang mengecam tindakan wanita itu yang dilihat tidak mampu mengawal emosinya kepada pekerja kedai serbaneka tersebut.

Ditambah pula dengan sikap anaknya yang menendang dan membaling beberapa barang di kaunter membuatkan lebih ramai netizen mengecamnya.

Datang semula untuk minta maaf

Selepas video itu mendapat kecaman daripada netizen, wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘Kak Long’ atau nama sebenar Wan Nor Baizura telah datang semula ke kedai untuk melihat rakaman CCTV.

Selepas melihat rakaman tersebut, dia dilihat menangis ketika meminta maaf kepada pekerja-pekerja di kedai berkenaan kerana tidak berjaya mengawal emosi meskipun anaknya sudah terbukti tidak mencuri.

Kak Long juga menawarkan diri untuk membayar semula barang-barang yang dicampak oleh anaknya tetapi pihak mereka menolak kerana tiada sebarang kerosakan yang berlaku.

Berhenti sebarkan video

Mengakui kesilapan yang dilakukan, Kak Long berharap orang ramai berhenti menyebarkan video miliknya itu tanpa penjelasan sebenar.

Saya minta maaf sangat dengan apa yang berlaku. Saya jadikan ini sebagai pengajaran buat saya.

Wan Nor Baizura.

Tak apa, semuanya sudah selesai.

Harapnya perkara ini dijadikan pengajaran. Bukan untuk Kak Long sahaja tetapi untuk semua ibu bapa di luar sana juga.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15 − eight =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd