[Video] Demi Berjumpa Semula Dengan Keluarga, Anak Sanggup Redah Bahaya
Katanya gadis itu ‘lost contact’ dengan keluarga selama dua hari selepas berlaku banjir di Terengganu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, dua buah negeri di pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu sekali lagi berdepan dengan bencana banjir selepas hujan tanpa henti.
Ada yang terpaksa memanjat ke atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri mereka.
Sehingga kini, hampir 18,000 orang mangsa yang terjejas di Terengganu manakala di Kelantan pula sebanyak 9,063 orang.
BACA JUGA: Kelantan And Terengganu Face Huge Floods, More Flood Victims To Be Evacuated
Jumpa keluarga lepas dua hari
Selain itu, ramai juga yang terputus hubungan dengan ahli keluarga mereka ketika dalam operasi menyelamat.
Seorang gadis yang juga mangsa terjejas telah terputus hubungan dengan keluarganya selama dua hari ketika bencana banjir berlaku di Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook (Aslina Ngah), gadis tersebut dilihat sanggup merentas ke kawasan seberang dengan berpaut pada kabel elektrik dan penghadang jalan.
Berdebar kami nak tengok video itu sampai habis. Risau kalau dia tergelincir dan terjatuh. Bahaya tu!
Walau bagaimanapun, gadis itu akhirnya selamat menyeberang tanpa sebarang kecederaan.
Disclaimer: Jangan tiru aksi bahaya ini.
Ramai netizen risau sebab membahayakan
Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen meluahkan kerisauan mereka melihat aksi bahaya yang dilakukan oleh gadis tersebut.
Dalam pada masa yang sama, ramai turut mendoakan supaya urusan gadis ini untuk bertemu semula keluarga dipermudahkan.



Kami doakan semoga banjir di Kelantan dan Terengganu cepat surut dan urusan mangsa yang terjejas dipermudahkan. Amin!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.