Now Reading
[Video] Konon Dilanggar Pemandu Di Jalan Changkat, Wanita Siap Sempat Tendang Kereta

[Video] Konon Dilanggar Pemandu Di Jalan Changkat, Wanita Siap Sempat Tendang Kereta

Padahal kereta jauh lagi, tapi tiba-tiba sudah jatuh kononnya dilanggar pemandu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aktiviti scam ini bukanlah perkara yang asing di Malaysia. Ada sahaja taktik scammer untuk menipu orang lain.

Sebelum ini, jenayah penipuan pernah berlaku apabila ada individu yang menggunakan nombor telefon pejabat (+603) dan berpura-pura sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BACA JUGA: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Selain melalui panggilan telefon, ada juga individu yang berniat melakukan jenayah ini dengan cara ‘berlakon’. Macam mana tu?

Konon kena langgar kereta

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook NOODOU, satu kejadian ‘pelik’ dipercayai telah berlaku melibatkan seorang wanita yang sedang melintas di Jalan Changkat, Kuala Lumpur.

Sebagai pemandu, kita akan peka dan memperlahankan kenderaan jika ternampak pengguna yang ingin menyeberang jalan.

Namun lain pula terjadi apabila wanita yang sedang melintas itu dengan sengaja memusingkan badannya ke arah kenderaan yang melalui jalan berkenaan dan membuat riak wajah ketakutan sebelum menjatuhkan diri atas jalan raya.

Kalau tengok video itu betul-betul, sebenarnya wanita terbabit tidak dilanggar sebab jarak kereta masih jauh.

Namun selepas beberapa saat ‘berlakon’ dilanggar, wanita itu dilihat bangun dan menendang bahagian hadapan kereta berkenaan sebelum beredar. Pelik, apa motif dia buat macam tu?

Mungkin kurang siuman

Di ruangan komen video, ada yang memberitahu bahawa kelibat wanita itu sering dilihat di kawasan tersebut.

Terjemahan: Perempuan ini selalu ada. Kadang-kadang buka baju dan menari tepi jalan.

Netizen lain beranggapan mungkin wanita itu mempunyai masalah kesihatan mental.


Sebab itu pentingnya setiap kereta untuk memiliki dash cam sebagai bukti jika berlaku sesuatu. Dengan bukti tersebut, akan lebih mudah isu dapat diselesaikan.

Untuk pemandu di luar sana, hati-hati dan jangan terpedaya kalau berlaku kes-kes penipuan seperti ini. Zaman sekarang memang macam-macam taktik yang digunakan oleh scammer.

BACA JUGA: Watch Out For This Roadside Robbery Trick, Call The Police But Don’t Stop


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd