Bina Benteng Sementara, ‘Teknologi’ Penduduk Kelantan Demi Elak Banjir Dipuji Netizen
Boleh tahan kreatif juga penduduk kampung buat benteng untuk halang air banjir memasuki rumah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, Kelantan dan Terengganu sekali lagi berdepan bencana banjir selepas hujan berterusan selama beberapa hari tanpa henti.
Lebih menyayat hati, ada yang terpaksa memanjat bumbung rumah untuk menyelamatkan diri dan keluarga.
Berikutan itu, seramai 4,463 orang daripada 1,315 keluarga telah dipindahkan semalam (27 Februari) ke 91 pusat perlindungan banjir.
BACA JUGA: Kelantan And Terengganu Face Huge Floods, More Flood Victims To Be Evacuated
Satu-satunya rumah yang ‘terlindung’
Dalam keadaan hampir kesemua rumah di Terengganu dan Kelantan ditenggalami air akibat banjir, namun lain pula yang berlaku kepada kediaman beberapa penduduk ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter (FaktaBukanAuta) menunjukkan beberapa buah rumah di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan tidak dinaiki air ketika banjir.
Rupa-rupanya, mereka menggunakan alternatif lain yang bertindak sebagai penghadang air tersebut.
Hmm, kreatif juga eh.
Tahukah anda orang Jepun pun kagum dengan teknologi orang Kelantan ni. pic.twitter.com/Ms0UgfzKTE
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) February 27, 2022
Ramai netizen yang ‘wow’
Boleh dikatakan ramai juga kagum bila melihat cara yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut ketika berdepan banjir.
Kalau tengok betul-betul, kawasan mereka langsung tidak dinaiki air. Amazing!
Bijak nya orang orang Kelantan!!!
— Dato' Hamzah Abdul Majid hamzah (@MajidDato) February 28, 2022
Bijakkk. Buat flood barrier sendiri 👍🏻
— bella (@Snbella_) February 27, 2022
Dia ni pandai fluid dynamics ni
— @@@ (@wewhoarenotas) February 28, 2022
Benteng banjir sementara
Bencana banjir juga banyak berlaku di luar negara. Jadi, salah satu alternatif ketika berdepan situasi ini adalah dengan membina benteng banjir sementara atau dipanggil ‘Temporary Flood Wall Barriers‘.
Benteng yang diperkenalkan oleh NOAQ Boxwall boleh menghalang kemasukan air setinggi 1.64 kaki dan mudah dipasang dengan cepat.
Walaupun hanya seberat 6.2 kilogram, tetapi kekuatan benteng ini untuk menghalang kemasukan air memang ‘wow’!
Mungkin Malaysia boleh mula buat produk seperti ini memandangkan bencana banjir berlaku setiap tahun di Malaysia.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.