Now Reading
Pinggan Mangkuk Viral & ‘Fancy’ Lawa Tapi Bahaya Untuk Guna

Pinggan Mangkuk Viral & ‘Fancy’ Lawa Tapi Bahaya Untuk Guna

Nak selamat, guna sahaja pinggan berwarna putih. Simple pun simple.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jika anda mempunyai rumah sendiri mahupun tinggal di rumah sewa, pasti anda akan ada ‘mood’ untuk menghiasi rumah dengan dekorasi dan tema pilihan hati, bukan?

Ada yang sukakan konsep mewah bergaya, gaya moden dan kontemporari, hiasan ala nostalgik, hiasan ala kampung, DIY, minimalis dan sebagainya.

Pendek kata, mengikut inspirasi tersendiri.

Sumber: Rumah.com

Terutamanya kaum wanita, pastilah mereka sukakan hiasan dalaman rumah yang menarik dan mempersonakan. Bila datang bab menghias rumah, beri sahaja ‘assignment’ ini kepada mereka.


Pinggan mangkuk bercorak tidak selamat untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan juga bahawa pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang sememangnya cukup menarik namun berhati-hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.

Public Health Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook pernah memberikan peringatan tentang perkara ini.

Menurut pihak mereka, bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.

Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah:

  • Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat.
  • Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik.
  • Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan.
  • Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui).
  • Pinggan dengan pelbagai bentuk.

Berikut merupakan kesan-kesan penggunaan pinggan mangkuk jenis ini kepada anak-anak:

  • Terbantut perkembangan.
  • Masalah pembelajaran.
  • IQ rendah.

Jenis pinggan yang selamat untuk digunakan adalah:

  • Pinggan berwarna putih tanpa corak.
  • Corak pinggan di bawah atau luar pinggan.
Sumber: iProperty

Kalau anda masih nak guna, boleh.

Tapi…

  • Elakkan letak hidangan panas di atas pinggan jenis ini.
  • Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave.
  • Jangan simpan makanan terlalu lama.
  • Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah.
  • Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor.
  • Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd