Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Kos Bajet Pindah Rumah Baru. Itupun Belum Keseluruhan!

Lelaki Ini Kongsi Kos Bajet Pindah Rumah Baru. Itupun Belum Keseluruhan!

Tak murah pindah rumah baru ni. Lagi-lagi kalau nak bermula dari zero.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila bercakap tentang kos pindah rumah, berpeluh-peluh tangan. Poket pula terasa ringan seolah-olah nak bocor. Mana tidaknya, kos pindah rumah sebenarnya bukan sedikit.

Lebih-lebih lagi jikalau anda ingin bermula dari 0.

Maksudnya, rumah kosong tanpa sebarang perabot dan anda perlu membeli kesemuanya baharu. Bayangkan, peti ais, mesin basuh baju, dapur memasak, kipas, tilam, penghawa dingin, sofa, dan sebagainya.

Itu belum fikir bilik tidur sendiri dan anak-anak.

Alamak aih!


Kos pindah rumah, bajet limited.

Menjengah di Twitter, kami mendapati seorang lelaki (muzakkirmnsor) telah berkongsi beberapa kos yang disenaraikan untuk pindah masuk rumah baharu.

Menurutnya, banyak benda perlu diselesaikan sebelum masuk. Oleh kerana bajet limited dia hanya membeli barangan keperluan sahaja terlebih dahulu.

Perkongsian tersebut berjaya meraih 7,231 retweets setakat artikel ini ditulis.

Jelasnya, dia mengupah professional home inspector untuk cek defect di rumahnya itu. Maklumlah, jikalau ikut developer rumah – semuanya okay.

Kos untuk cek defect: RM500 – RM600.

Beli peti ais yang berkenan di hati pun dah memakan bajet yang agak tinggi.

Kos peti ais: RM3,500.

Mesin basuh walaupun hanya topload, boleh tahan juga harganya.

Kos mesin basuh: RM2,000.

Barang yang terpaling penting dan WAJIB ada di setiap rumah adalah dapur memasak. Takkan nak order penghantaran makanan atau makan luar setiap hari kan?

Dah ada anak, kenalah masak untuk keluarga.

Kos dapur memasak: RM2,300.

Penghawa dingin antara keperluan juga. Tapi kalau baru pindah masuk rumah baharu, tak perlulah beli banyak terus. Beli di kawasan atau bilik yang sering digunakan terlebih dahulu.

Contohnya, master bedroom.

Kos penghawa dingin: RM1,500.

Dah ada penghawa dingin, kipas jangan dilupakan pula. Berlubang poket nak bayar bil elektrik kalau 24 jam buka penghawa dingin.

Kos kipas: RM300 – RM450 (sebiji).

Lampu yang sesuai pun kena difikirkan juga. Cek watt yang sesuai dan pastikan ada waranti.

Kos lampu: RM20.

Seterusnya, water heater.

Kalau anda jenis suka mandi di waktu Subuh, terkena air sejuk boleh tahan pening jugalah kepala. Sebab itulah water heater ini boleh dikatakan satu keperluan di setiap rumah.

Kos water heater: RM500.

Selesai barangan elektrik, pergi pula ke bahagian tilam. Paling penting.

Kalau tak, nak tidur atas apa pula kan. Rangka katil jangan risau dulu, beli tilam dan sekurang-kurangnya masih boleh tidur dengan selesa.

Kos tilam: RM600 (King).

Akhir sekali, tak lengkaplah rumah tanpa langsir. Nanti habis kesemua aktiviti di dalam rumah dapat dilihat oleh jiran tetangga.

Kos langsir: RM200.

Rasa macam dah lengkap, tapi sebenarnya belum. Beli yang penting sahaja dahulu, belum termasuk sofa, meja makan, katil, TV kabiet dan sebagainya.

Setakat ini, total yang dah dihabiskan adalah lebih kurang RM14,000 ++.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd