Now Reading
Umpama Tinder Swindler, ‘Doktor’ Miliki 18 Orang Isteri. Cari Calon Guna Media Sosial

Umpama Tinder Swindler, ‘Doktor’ Miliki 18 Orang Isteri. Cari Calon Guna Media Sosial

Suspek iaitu Bibhu Prakash Swain yang telah melakukan kesalahan di seluruh India itu akhirnya ditahan pihak berkuasa seminggu sebelum dia berkahwin dengan dua wanita lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian luar biasa telah dilaporkan berlaku di New Delhi, India apabila seorang lelaki yang menggelarkan dirinya ‘doktor’ telah mengahwini sekurang-kurangnya 18 orang wanita.

Lelaki berkenaan berusia 67 tahun telah menyamar sebagai seorang doktor berusia 51 tahun dan menyasarkan wanita bujang, balu, dan janda.

Suspek yang dikenali sebagai Bibhu Prakash Swain akan mencari calon isteri menerusi platform media sosial dengan memperkenalkan diri sebagai doktor.

Bukan setakat doktor ciplak, malah dia turut menyamar bekerja sebagai profesor, peguam, pegawai perubatan dan pegawai tentera.

Suspek melakukan penipuan untuk mendapatkan wang mudah selain kepuasan seks.

Pegawai polis, Sanjiv Satpathy.
Sumber: newsroompost

Mengulas lanjut, pihak polis berkata suspek mempunyai kebolehan memujuk dan menyasarkan wanita berkerjaya yang berusia lewat 40-an.

Dia mendakwa bergaji besar di samping menggunakan kad pengenalan palsu dan surat pelantikan untuk menguatkan dakwaan mengenai kelayakan serta latar belakang keluarganya.

Malah, menerusi beberapa ‘perkahwinan’, suspek juga pernah memberi alasan untuk meminjam wang atau barang kemas isteri baharunya kerana perlu digunakan untuk kecemasan.

Setelah menerima habuan, dia beralih pula ke mangsa seterusnya.


Polis percaya suspek sudah berkahwin lebih 18 kali.

Sumber: gnnhd.tv

Menurut laporan, pihak polis percaya suspek sudah berkahwin lebih 18 kali berdasarkan rekod nombor telefon ‘isteri’ yang ditemui di dalam telefon bimbitnya.

Dia menyimpan nombor telefon dengan menggunakan nama lokasi mangsanya seperti Madam Delhi, Madam Assam dan pelbagai lagi.

Siasatan dijalankan pihak polis setelah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 48 tahun pada Mei tahun lalu. Wanita berkenaan mendapati suspek sudah berkahwin dengan sekurang-kurangnya tujuh wanita lain.

Suspek menggunakan pelbagai nama dan pekerjaan seperti doktor serta profesor sebelum mencari mangsa menerusi laman web.

Pegawai polis, Sanjiv Satpathy.

Untuk rekod, suspek kali pertama berkahwin pada 1978 dan mempunyai tiga anak dengan dua daripada mereka doktor serta seorang doktor gigi. Dia yang dilatih sebagai juruteknik makmal kemudian berpindah ke Bhubaneshwar sebelum memperkenalkan diri sebagai doktor dan berkahwin kali kedua pada 2002.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd