Now Reading
Bos Di Malaysia Raih Takhta ‘Paling Kedekut’ Bab Bayar Gaji?

Bos Di Malaysia Raih Takhta ‘Paling Kedekut’ Bab Bayar Gaji?

Kenaikan gaji minimum ini bukan permintaan, ia satu keperluan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bab gaji, jangan pernah berani untuk bertengkar dengan sesiapa. Baik golongan B40, M40 mahupun T20 sekalipun, pasti ada segelintir yang merasakan pembayaran gaji bulanan dan tahunan mereka adalah tidak setaraf dengan kerja dan tanggungan mereka.

Kredit: tirachardz via Freepik/TRP

Kerja pagi, petang, malam pun masih belum menerima gaji yang sepatutnya.

Mungkin disebabkan itu, ramai golongan yang terkesan dan terpaksa mencari kerja lebihan untuk menjana side-income.


Majikan Malaysia Paling Kedekut?

Laporan baru-baru ini menyifatkan bahawa majikan di Malaysia adalah terpaling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelan­jakan 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.

Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berban­ding Singapura (40%), Indonesia (84%) dan Filipina (76%) di bandar-bandar utama negara berkenaan.

Namun, perbezaan peratusan yang ketara itu perlu mengambil kira populasi negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor ber­pandangan, peratusan bayaran yang begitu rendah itu tidak masuk akal kerana rata-rata ma­­­ji­kan berkemam­puan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

Malah, kerajaan sudah membantu majikan dalam pelbagai bentuk bantuan bagi meraih semula pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan Covid-19. Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion ringgit. Majikan sepatutnya menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan memberikan masyarakat kuasa berhutang. Apabila bayar gaji rendah, ini membuka ruang untuk berhutang, pekerja terpaksa buang masa kerja lebih masa.

Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Mengulas lanjut, Abdul Halim turut menggesa orang ramai untuk berfikir sejenak di mana majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25% daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya.

Akhirnya, Malaysia kini menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara.


Bantah Gaji Minimum Serendah RM1,500.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai pendirian Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi yang membantah dan tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minimum RM1,500.

Ini selepas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan memberi jaminan bahawa gaji minimum baharu akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Untuk rekod, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan – ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.


Kenaikan Gaji Minimum Beri Untung Pekerja Asing?

Sumber: Berita Harian

Abdul Halim turut menempelak kenyataan MEF bahawa kenaikan gaji minimum hanya akan menguntungkan pekerja asing.

Pekerja asing untung kerana majikan hanya mementingkan pekerja asing bukan gaji pekerja tempatan yang diberhentikan. Kenapa pekerja tempatan tidak mahu mengambil pekerjaan tertentu? Kerana gaji rendah, kalau majikan ambil pekerja asing lebih murah. Pekerja asing pun tidak perlu dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran untuk kerja lebih masa.

Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Jelasnya lagi, ketika gaji minimum mula diperkenalkan pada paras RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM800 lagi bagi Sabah dan Sarawak, ekonomi negara menjadi semakin rancak ketika itu.

Kebanyakan syarikat tidak tutup pada masa itu, malahan lebih banyak syarikat ditubuhkan, pelaburan asing juga banyak masuk ke dalam negara. Jadi, kerajaan perlu tegas dengan keperluan rakyat. Rakyat sudah banyak berkorban mengeluarkan duit KWSP, majikan perlu prihatin.

Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Beliau turut menegaskan bahawa pekerja adalah aset, tulang belakang negara. Jika kebajikan tenaga kerja diutamakan, pastinya majikan akan mendapat pulangan lebih baik.

Tambahnya lagi, orang sekarang mencari kerja yang ada prospek dan ada inovasi. Kenaikan gaji minimum ini bukan permintaan, ia satu keperluan.

Kita pun bukan minta langit, bukan nak rugikan majikan. Kita hanya minta sedikit, itu sahaja.

Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd