Now Reading
[Video] 2 Buah Gondola Hilang Kawalan Ketika Ribut Semalam, 22 Februari

[Video] 2 Buah Gondola Hilang Kawalan Ketika Ribut Semalam, 22 Februari

Gondola berhampiran Menara TS Law itu dilihat tidak stabil akibat ditiup angin kencang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa kawasan di ibu negara pada petang semalam (22 Februari) dilanda ribut petir sehingga menyebabkan satu kejadian mengerikan berlaku.

Beberapa orang pekerja di atas dua buah gondola di Kuala Lumpur berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki berayun dengan kuat akibat ditiup angin kencang.

Gondola tersebut dilihat hilang kawalan sehingga talinya terbelit dan hampir berlanggar antara satu sama lain

Video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu menunjukkan gondola tersebut bergoyang di udara dan beberapa kali merempuh bahagian tepi bangunan Menara TS Law.

Namun nasib menyebelahi mereka selepas berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut dan memanjat keluar ketika gondola menghampiri bangunan tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 kira-kira 3.56 petang sebelum menghantar jentera bantuan ke lokasi.

Dalam satu kenyataan, pusat operasi jabatan itu berkata sepasukan empat orang anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada wakil pemaju tapak pembinaan.

Komander Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Junain Bahau memaklumkan ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi, mangsa yang terkandas di atas gondola telah berjaya turun dan menyelamatkan diri.

Tiada sebarang tindakan daripada pasukan Bomba di tempat kejadian.

Komander Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Junain Bahau.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd